31 Dec 2012

Selamat datang tahun masihi 2013

Assalamualaikum..


esok sudah bermula episod baru musim persekolahan 2013. bukan sahaja murid-murid, cikgu cikgi pun akan memulakan tugas dengan kisah yang baru. kisah sekolah baru bagi yang bertukar.kisah dengan kelas baru.kisah jumpa muka-muka anak murid baru ..(kena mula ingat nama pulak...elok ingat semua..dah cuti hujung tahun...tahun depan hafal nama murid lain pulak..begitulah seterusnya sampai pencen...), kisah dengan pengetua baru, pen kanan baru, kawan-kawan baru. 

pendek kata,kisah cikgu setiap awal tahun tidak jauh bezanya dengan anak murid. jika anak murid ada peralatan tulis baru, cikgu pun sama. jika anak murid ada baju baru, cikgu pun begitu jua..( fakta ni..guru perempuan la..terutamanya..hihi),beg baru, kasut baru..KAN..SAMA KAN?

bukan apa, selain meraikan anak-anak kita yang hendak memulakan musim baru persekolahan agar mereka lebih bersemangat, cikgu-cikgu pun sebenarnya sekadar meraikan diri sendiri agar diri lebih bersemangat waja untuk melangkah ke satu tahun lagi perkhidmatan kepada anak bangsa. yang serba baru itu hanya sampingan untuk menyuntik, menyegar kembali semangat sedia ada.CUTI agak lama kan. wal hal, bulan2 lain pun bertukar baru jugak.

bukan senang tau, melangkah awal tahun seperti menanggung bebanan yang berat di bahu kanan dan kiri untuk bergerak sepanjang tahun berkenaan. seribu satu tugas menanti. bebanan itu akan berkurang sedikit selepas pelajar sampai ke tarikh peperiksaan PMR,SPM atau akhir tahun. begitu lah seterusnya..

dengan demikian, saya mengucapkan selamat datang 2013.datang lah cabaran kehidupan. selagi kita tegas berpaut dengan keyakinan kepada Allah SWT in shaa Allah perjalanan 2013 akan sentiasa dalam lindungan rahmatNya. moga-moga!

21 Dec 2012

Kek coklat moist kukus

20.12.2012..hish..elok teratur ja tarikh ni.patutla banyak kenduri kahwin.macam-macam la zaman sekarang ni, asal ada tarikh nampak macam teratur sikit,nampak elok dan lain sikit, pakat cup la nak buat majlis nikah kahwin.konon senang nak ingat.teringat lagi zaman saya dulu-dulu , berebut nak nikah tarikh 9.9.99 tapi masa tu tak lah terasa sangat keriuhan tarikh magik tu..maklumlah mana ada muka buku lagi. yang ada muka mulut ja pakat dok bercakap tarikh tu.

jadi,alang-alang dah tarikh agak comey. kita pun buat-buat teruja la kan. sambut tarikh elok dengan buat sebijik kek..cakap je tau..tak ada apa-apapun niat.apa lah ada dengan tarikh masihi, melainkan sangat penting untuk tahu gaji masuk saja. yang lain tu kita patut punya kesedaran yang tinggi dengan tarikh dalam kalendar hijrah.

haipps....taip resepi lah...jangan mengomel hal lain.resepi ni mudah tau.tidak mungkir.mesti jadik punya.

Bahan-bahan

(A)
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak / butter cair (saya guna minyak jagung)
1 cawan gula (saya guna 3/4 saja..hihi kontrol gula)
1 cawan susu cair / fresh milk (hihi letak air pun boleh) 
1/2 cawan susu pekat manis

(B)
3 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila

(C)
1 cawan tepung gandum (penuh bumbun tau)
1 sudu teh sodabikarbonat
1 sudu teh baking powder
(ayak bersama)

Cara-cara

1. masak semua bahan A dengan api yang sederhana.kacau sehingga larut dan sebati. tutup api dan biarkan sejuk sikit.
2. bahan B sampai kembang.
3. masukkan adunan A ke dalam B. gaul sebati dengan senduk ja.
4.masukan tepung (C) sedikit demi sedikit alam adunan A+B . sebatikan.
5.masukkan dalam loyang yang telah digris dan dialas.(saya guna loyang spring form)
6)kukus selama 25 minit @ sampai masak

bahan toping coklat

coklat masakan
2 sudu besar butter
2 sudu susu pekat manis
1/4 cawan air/susu segar/whipping cream
(masak sehingga sebati)

atau

1/2 cawan sebuk coklat
3 sudu besar butter
1/2 cawan susu pekat manis 
1/4 cawan air panas
(masak dgn api perlahan sampai pekat berkilat)
(tuang atas kek bahagian tengah)

baru masuk dalam periuk
28 minit..dah masak...


daaa...siap toping dan potong.moist dan lembut je...
 penting ** perlu panaskan periuk pengukus terlebih dahulu sekurang2nya  10 minit. 
(biasanya bila coklat agak sejuk sikit, dan  sebelum saya putar telur, saya panaskan perkakas kukusan dulu)
**guna api sederhana ketika mengukus.jgn terlalu kuat,nanti kek merekah. 
**saya balut tudung periuk kukus dengan kain kapas (guna tudung bawal putih yang x pakai dah hihi) utk elak wap menitis dan permukaan kek tak cantik.

P/S : air tangan ibu itu lebih bernilai kan...kerana semua dimulakan dengan bismillah.

5 Dec 2012

Kerabu pelam

Assalamualaikum ..


tengahari tadi teringin nak makan kerabu mempelam.kebetulan ada mempelam sala yang dibawa adik ipar kelmarin. tapi buah dah tak fresh lagi..dah dua hari kan...tapi tak apa lah, asal boleh makan walaupun macam dah lembut..

resepi biasalah simple2 ala ibu-ibu ada anak kecik..

bahan dan cara-cara

sebiji mempelam  muda
(mula-mula parut macam ni)

guna pemarut yang sesuai
2) sediakan bahan-bahan ni

bawang-belacan-cili padi

3) larutkan belacan dengan sikit ja air,gaul dengan bawang dan cili
4) masukkan dalam parutan mempelam, gaul mesra
5) tambah garam dan sedikit gula secukup rasa

SIAP. senang kan. beberapa minit ja. adjust tau ikut tekak masing-masing, kalau tak suka masam, basuhkan dan ramas parutan mempelam dengan air dan tos kan airnya. kalau nak lebih rasa pedas, tambah cili.kalau nak rasa ikan bilis macam somtam thai, goreng ikan bilis garing-garing dan tumbuk lumat. gaulkan dgn kerabu (tak yah letak belacan kalau guna bilis)..tapi cara di atas yang paling cepat la. makan bersama nasi panas-panas, ikan goreng, ulam-ulaman...nyumm...menu sihat untuk hari ini.tiada alasan kan tak mahu masak untuk keluarga.smile)-


2 Dec 2012

kaji semula akta kebankrapan 1967:salah siapa, akta,penghutang atau pemiutang

pengumuman perdana menteri tentang kajian semula akta kebankrapan dalam perhimpunan umno baru-baru ini memberi nafas baru kepada individu yang terlibat. ramai yang terlibat sebenarnya. lihat sini->

Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lalu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai. 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di Wilayah Persekutuan, manakala 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita. 



persolannya :jika kita lihat kepada statistik di atas, majoroti kes berlaku di selangor dan w/persekutuan, menunjukkan ada sesuatu yang mendesak dlm pengurusan ekonomi di bandar khususnya. inflasi, kos hidup dan lain2..


"Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus,” 


persoalannya : bagi yg bergaji kecil, tiadakah alternatif selain daripada membeli kereta sendiri sekiranya belum berkemampuan dan stabil. habis je ngaji universiti , kerja dua bulan terus beli kereta baru. maka jadilah macam ni..


"Kes bankrap individu di bawah umur 25 tahun semakin meningkat, dan kita tidak mahu mereka baru dua tiga tahun kerja sudah bankrap. 

persoalannya : kalau baru berumur 25 tahun pun dah diisytiharkan bankrap, panjang lagi tempoh hayat mereka di muka bumi ni sebenarnya. macam-macam yang diperlukan ..untuk hidup...rumah misalnya.nak beli kereta/motor pun tak boleh buat pinjaman lagi..kena cash. ok lagi, tapi macam mana nak beli rumah.mahal2 pulak rumah la ni. mana ada harga 30 ribu lagi.tu harga 20 tahun lepas.semua ratus2 ribu.kena menyewa lah sampai bila...

memanglah congak mudah, banyak ja puncanya. ekonomi lah, kos hidup lah, minyak mahal,kereta mahal, cukai tinggi, tol merata-rata,harga barang tak pernah turun,naik ja kerjanya..bla..bla..mcm2..nak buat mcm mana dah negara kita mcm tu, yang kaya (geng2 kapitalis) kaya lah gila-gila..yang miskin..miskin lah..

tapi kan..kita..diri sendiri kena ada perancangan kewangan yang teliti. nak beli apa jangan main terjah saja. nak meminjam memang seronok. dapat duit 10 ribu pun seronok dah. tapi nak bayar, seksa jiwa raga. cuba2 lah buat belanjawan bulanan..baru kita tahu tang mana duduknya kita...seriau nak buat tapi kena istiqamah.

  • kenal pasti jumlah pendapatan kita  bersihsetiap bulan (yg mesti dapat)
  • tolak perbelanjaan wajib dulu..
  • senaraikan perbelanjaan brg keperluan ikut susunan keutamaan - kenderaan, sewa rumah, bil air,bil elektrik, kos minyak kereta...(simpan siap2) (paling penting nih..bayar dulu sebaik dapat gaji)
  • senaraikan keperluan lain -stok makanan (telur, ikan masin, bilis, beras, tepung gandum , pampers anak, susu anak utk sebulan)-kiranya kalau x dah duit dekat2 hujung bulan tu..ada makanan utk anak dan family...kira hidup dah.
  • kira dulu(pendapatan -potongan penting  atas) tengok baki berapa duit kita.
  • simpan sikit utk menabung (RM 20 pun jadi lah..setahun dah 240 kan...10 tahun...kira2)
  • baki lain baru la utk harian, dll...jika lebih byk sila bayar zakat dan menderma.sesungguhnya itulah yang memberi berkat pendapatan kita dan menjauhkan kita dari bankrap..
p/s nanti saya kongsi lagi cerita mengatur ekonomi keluarga saya. biarpun nampak macam 'pekin'..tapi saya gembira tanpa byk hutang...




Resepi ayam goreng bersalut asam


mula-mula niat di hati nak ajak suami makan kat luar saja tengahari tadi. dah lama dah sebenarnya tak lunch kat luar. tapi bila buka peti ais, nampak ada ayam byk lagi, terus nak masak. lagi pun anak-anak lebih suka makan di rumah, walaupun masakan mama mereka ni simple je..tak apalah, yg penting air tangan ibu tu kan...entry kali ni tak ada gambar ..tak sempat snap hari ni..

Ayam goreng bersalut asam

bahan-bahan

ayam - potong size sederhana
(goreng dulu)

air asam jawa (1/2 cawan)
1 labu bawang besar (mayang)
halia -hiris nipis
satu sudu besar sos tiram
1 biji cili merah - potong runcing
2 ulas bwg putih -ketuk

cara-cara

1) gunakan semula minyak menggoreng ayam tadi. kalau banyak, buang separuh.
2)tumis bawang putih, masukkan halia,sos tiram, ayam dan air asam - gaul sekata
3 ) last, masukkan bawang dan cili besar -rasa, tambah garam jika perlu.


ringkas dan sedap..siap untuk di hidang...makan dengan nasi panas-panas..nyumm

p/s-pastikan ayam bersalut ala-ala lembab je dgn asam tu..jgn sampai jadi kuah. tak best pulak..tapi ubah suai je ikut kesukaan selera masing2. tak susah kan nak sedia makanan untuk familiy. tinggal lagi nak dengan tak nak je.





30 Nov 2012

Artis bertudung : usah mempersoalkan keikhlasan mereka..


1 Muharram baru-baru ni,buka face book terus mata terpaku melihat pic seorang rakan sekolah yang bertudung.bila baca status dia, dengan bersungguh-sungguh mengumumkan penghijrahan dirinya . terus like dan komen. rasa bersyukur kerana selama ini memang terasa kerdil diri ini di sisi Allah swt kerana begitu lama menjadi kawannya saya tidak mampu untuk menegurnya. 

walaupun sejak hubungan kembali terjalin setelah masing-masing berpisah selepas tamat persekolahan, kami hanya berhubungan di alam maya, namun hati kecil ini tetap rasa tidak selesa. ingin menegur secara langsung namun memikirkan perasaannya,maruahnya ,pelbagai sangkaan lagi.pendek kata untuk berdakwah ni amboi-amboi banyak sungguh takut-takunya, melompat-lompat iblis gembira tentu siap menyanyi riang lalalala.. lagi melihat kegagalan manusia dalam menyebarkan dakwah kepada orang lain. perkara kecik sangat tu. hanya tudung. tak masuk hal ehwal hukum hakam lain yang seluas lautan nun...

sungguh, bila lihat sahaja status dia , terasa lega diri ini. moga dia terus kuat untuk melaksanakan perintah Allah swt dengan hati yang ikhlas. memang lah , ikhlas tidak boleh diukur dengan perkataan mahupun gambaran sahaja, namun imej dan tingkah laku yang baik, menurut syariat itu tidak harus dipersoalkan keikhlasan dirinya. ukuran baik seseorang di sisi Allah swt memang kita tidak tahu. Allah swt sahaja yang menilainya. namun, menzahirkan tingkah laku,perbuatan, fizikal, penampilan , sekurang-kurangnya mendapat bahagiannya dalam rahmat Allah...apatah lagi bertudung adalah wajib bagi seorang wanita. tanpa prejudis...

begitu juga halnya dengan artis-artis kita yang kian ramai menunaikan kewajipan bertudung dalam pelbagai gaya dan fesyen. ada yang terus berubah meninggalkan dunia lara hiburan. ada yang masih lagi berada dalam kerjaya tersebut. benar, fenomena ini merupakan hidayah untuk semua khususnya masyarakat hiburan. sekurang-kurangnya ada gambaran, cerita, dan perbualan tentang hijrah dan hukum hakam dalam kalangan mereka.

 Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

antara artis yang sudah bertudung
Catriona Ross - lagi cantik  selepas
bertudung



Antara artis senior yang berhijrah -Aishah


berhijrah dan berpolitik..mcm2 orang kutuk...
moga terus kuat..
farah af2 - mula -mula sebab jadi hos rancangan
halal astro tu...terus kekal 


anna rafali

diana amir-bertunang dgn orang baik2
moga makin kuat tarbiahnya

terkini-shila amzah..perjalanannya masih jauh
nama sedang berada di puncak, dugaan
sangat banyak . moga kekal.


moga-moga selepas ini, kita semua lebih memahami bukan sahaja wajib bertudung tetapi menutup aurat yang dituntut..mulakan langkah pertama, melangkah lagi ke tangga seterusnya.In sya Allah..ameen.smile)-



26 Nov 2012

RESEPI BUBUR ASYURA SEKAWAH

Assalamualaikum ..


semalam terima satu bekas bubur asyura daripada surau. keras sikit. walau bagaimanapun, makan je lah.rezeki kan. tak baik membazir. pada zaman sekarang, memang susah nak cari orang yang tahu resepi-resepi lama ni. lepas tu terus teringat bubur asyura yang kami bersama kawan2 en. suami buat hari tu. boleh tahan, ramai yang puji. (untuk sekawah besar tau)


RESEPI SEKAWAH BUBUR ASYURA

Bahan-bahan asas

6 kampit/kilo tepung beras
2 cwn tepung gandum
6 kilo santan / 18 biji kelapa
3 kilo kacang hijau (rendam dan rebus dulu)
5 kilo gula
3 cawan sagu (rendam sekejap dan tos)

Bahan-bahan (optional)

3 kilo kacang kuda (rendam dan rebus empuk)
5 kilo ubi keledek (kupas dan potong kecil)
 6 tin jagung / 20 tongkol jagung segar (hiris)
pisang sederhana masak(20 biji) -potong runcing

labu 2 biji (kalau suka) - potong sederhana,jgn telalu kecil@besar
3 kacang merah (saya mesti letak sbb suka) rendam dan rebus 
air (lebih kurang utk 3/4 kawah) - agak2 ja tgk keadaan)
garam (agak2 dlm 3 sudu besar)
daun pandan 2 helai

*kalau tak letak garam rasa bubur tak best..

Cara-cara

1. bancuh/gaul tepung dengan air terlebih dahulu sehingga sebati
(jgn byk sangat air, agak2 sesuai dgn tepung ja )
2) panaskan santan + air + larutan tepung dengan api sederhana
(kacau perlahan2 -jangan berhenti)
3) masukkan kacang hijau, sagu, kacang merah, ubi, jangung dan labu dan daun pandan
(kacau lagi )
                                                4)masukkan gula (kacau sampai agak pekat)
5)masukkan pisang, garam

*jangan berhenti kacau sampai pekat berkilat (org kedah kata merelit)


*semasa kacau jika nampak terlalu cepat pekat, tambah air sedikit demi sedikit.adjust-
*lepas masak,terus ja tuang dalam dalam/bekas yang sesuai. tunggu sejuk
*kalau suka boleh letak isi durian..nyum sedapp

23 Nov 2012

Resepi Bubur Asyura Kedah

semalam, suami telefon tanya resepi bubur asyura untuk sekawah. waa....untuk sekawah tak cekap la , kalau untuk kawah kecil/kuali tahu jugak la. tu pun sebab selalu buat kat sekolah . dok simpan lagi resepi tu. tapi kalau kat rumah biasa buat sikit ja ..


BUBUR ASYURA

Bahan-bahan asas

1 kampit/kilo tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1 kilo santan / 4 biji kelapa
3/4 kilo gula
1/2 kilo kacang hijau (rendam dan rebus dulu)
1/2 cawan sagu (rendam sekejap dan tos)

Bahan-bahan (optional)

1/2 kilo kacang kuda (rendam dan rebus empuk)
2 kilo ubi keledek (kupas dan potong kecil)
 1 tin jagung / 6 tongkol jagung segar (hiris)
pisang sederhana masak(6 biji) -potong runcing
labu (kalau suka) - potong sederhana,jgn telalu kecil@besar
1/2 kilo kacang merah (saya mesti letak sbb suka) rendam dan rebus 
air (lebih kurang 7 liter) - saya agak2 ja tgk keadaan)
garam (agak2 dlm 1 sudu kecil)
daun pandan 2 helai
*kalau tak letak garam rasa bubur tak best..

Cara-cara

1. bancuh/gaul tepung dengan air terlebih dahulu sehingga sebati
(jgn byk sangat air, agak2 sesuai dgn tepung ja )
2) panaskan santan + air + larutan tepung dengan api sederhana
(kacau perlahan2 -jangan berhenti)
3) masukkan kacang hijau, sagu, kacang merah, ubi, jangung dan labu dan daun pandan
(kacau lagi )
(pic gogle punya)
4)masukkan gula (kacau sampai agak pekat)
5)masukkan pisang, garam

*jangan berhenti kacau sampai pekat berkilat (org kedah kata merelit)

*lepas masak,terus ja tuang dalam dalam/bekas yang sesuai. tunggu sejuk
*kalau suka boleh letak isi durian..nyum sedapp




p/s : suami dan rakan-rakannya serta isteri masing-masing telah berjaya menyediakan bubur asyura untuk sekawah  besar. nanti saya post resepi utk sekawah . bangga sebab semua orang kata sedap...



22 Nov 2012

Resepi mudah ikan siakap tiga rasa

assalamualaikum...teringin pulak nak makan ikan siakap 3 rasa. teringat masa tinggal kat langkawi.selalu makan ikan siakap fresh.bila balik sini, susah jugak nak dapat ikan fresh ni, biasanya kalau ikan siakap saya selalu beli di TESCO ja..ini resepi simple, sangat simple tetapi mudah....masa itu emas kan...yang penting masak sendiri ,baik dari makan kat kedai yang dimasak oleh cik mek2 dari thai nun...kita masak sendiri dgn penuh kasih sayang, dan salawat...


ikan siakap tiga rasa

bahan-bahan

ikan siakap 1 ekor-siang dan goreng 

halia 1 cm-hiris
serai 2 batang-ketuk
bawang putih 2 ulas -tumbuk
bawang merah 2 ulas-tumbuk
tomato 1biji - potong dadu
sos tiram 4 sudu besar
sos cili 4 sudu besar
kicap manis 2 sudu besar
sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
sedikit air asam limau atau air asam jawa
minyak utk menumis

cara-cara

1)panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah dan halia
2)masukan sos tiram,sos cili dan kicap serta air
3)masukan tomato dan air asam limau
4)masukkan serai dan biar mendidih dan agak pekat.adjust .kalau terlau pekat,tambah sikit air.

p/s : rasa dulu,jika masin tak perlu letak garam atau sebaliknya.

last..tuang kan ke atas ikan . taburkan dengan hirisan daun sup/daun bawang dan hirisan cili besar utk hiasan.


ikan siakap tiga rasa
pic gogle : tq


info: saya suka guna kicap mudim(sebab pekat) atau kipas udang, sos tiram maggi/zuza, sos cili maggi atau life, kadang2 letak juga sikit sos lada hitam zuza...dan biasanya saya tak skima pun mcm resepi di atas, just tauk-tauk jek..10 minit siap...(tauk = campak masuk )

20 Nov 2012

secebis tinta buat GAZA

tiada kesudahan kisah dukamu
bagai satu cerita panjang
tiada klimaks mahupun peleraian

sungguh
sejak kecil kami mengenalimu
sekejap datang dan sekejap pergi
cerita dukamu itu

sehinggakan
kami hampir alpa
tentang cerita dukamu
tentang air mata darah di bumimu

kini
kisahmu kembali lagi
kisah duka bersalut sengsara

aku
hanya mampu 
mengirim doa 
walaupun kami di sini bahagia
kalian di sana juga lebih bahagia 
kerana derita di dunia
dihadiahkan ganjaran syurga
buatmu
wahai para pejuang,para syuhada,anak-anak kecil, wanita solehah palestin di bumi gaza..

*Semoga Allah SWT memberkati perjuangan mereka mempertahankan tanah air tercinta.Bantulah mereka Ya Allah, turunkan seluruh kekuatanMU untuk menghancurkan Israel laknatullah..kekuatanmu tiada tandingan jika dibandingkan dgn teknologi ,senjata mereka..aminnn..

Resepi paling senang kek coklat blueberry cheese..

hari tu buat kek coklat moist lapis cheese. tak sempat nak ambik gambar. suami bawa pergi sekolah. menjamu rakan-rakan sebelum cuti panjang.kelmarin, kebetulan cuti depavali, adik beradik bertandang ke rumah. adik bongsu(mak su) sungguh2 minta nak belajar buat kek.anak yang kecil demam.kesian pulak kat mak su teringin sangat kek coklat lapis cheese tu...so, tak apalah,sambil riba baby,sambil bagi arahan cara yg paling mudah untuk orang yang baru nak belajar buat kek.tapi tak lapis la..letak cheese kat atas je..senang.inilah hasilnya ...tadaaa..

Kek coklat blueberry cheese


alang2 dah pos gambar kongsi ja lah resepi mudah ni..pasti jadi punya...
resepi asal dari Fb Chef and Charity club..
ni yg telah di edit


Bahan (A) :  kek
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair (saya guna fresh milk)
1 cawan minyak ( saya guna minyak jagung)
1 cawan gula (saya guna 1/2 cwn ja)
1/2 cawan susu pekat (kalau tak masukkn susu pekat, saya guna gula 1 cwn)
**MASAK ATAS API KEMUDIAN SEJUKKAN

(B)

1 cawan tepung gandum1 sk soda bikarbonat
1sk baking powder


(ayak bersama)

(C)3 biji telur pukul sampai kembang

Cara-cara:


1) masukkan (C) dlm koko yg disejukkan tadi kaup balik ,gaul adunan dgn senduk


2) kemudian masukkan  tepung(B), kaup balik hingga adunan mesra


3) masukkan dlm loyang dan kukus dgn api yg sederhana  selama 30 minit /sehingga masak
(*pastikan periuk kukusan dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang 10 minit)

Bahan utk cheese/keju

250gm creame cheese (saya guna seketul tortura)
1/2 cawan gula halus
25ml air ( saya guna 1/4 cwn susu segar)

saya letak 1sb jus lemon

Cara-cara
1) pukul semua bahan cheese sampai kembang, gebu..
2) sapukan adunan cheese atas kek (saya guna loyang yg boleh buka sisi)
4) sapukan filing bluberry atas cheese
5) sejukan dalam peti ais


sekejap je habis..huhu

inilah hasilnya tunjuk ajar dan arahan ku kepada adindaku yang berusia sweet 17..birthday kali ni sgt bermakna kerana dapat sediakan kek sendiri. I jadi boss sambil riba baby demam, mulut ja bagi arahan pot-pet2...ermmm..sedap lah pula kek ni, moist,lembut,berongga gebu..cair dlm mulut habaq hang...sila cuba resepi paling mudah ni..thanks kepada pemilik asal resepi.maaf tok guru, derhaka sikit2 ..hehe




12 Nov 2012

musim durian crepe atau bantal durian

La ni musim durian crepe...haiilah..macam-macam nama makanan yang diadun, diubahsuai, disesuaikan mengikut selera terkini. memang tak mau layan sangat, tetapi bila tengok pic makanan ni ..tergoda juga selera ni..kena cari durian la...bahan2 lain dah ada...kena buat jugak..terliur tap..tap dah gosek dah resepi dari mas-dapurmas.blogspot dan blog2 lain...thanks kepada semua pemilik resepi,halalkan ya ilmu yg diperturunkan.



durian pancake /bantal durian/durian crepe


Bahan² untuk Kulit Penkek :

250 gm tepung gandum
3 biji telur - Grade A
500 ml santan 
1/2 sudu teh garam
Pewarna kuning atau hijau secukupnya

Bahan Inti :
Whipping Cream + Gula - manis ikut citarasa
Isi durian secukupnya - lumat kasar


Cara² untuk Kulit Penkek:
Blend kesemua bahan dan dadar nipis² dalam non stick pan

macam nii....



Cara² untuk Inti Durian :
Putar whipping cream dan gula sampai kental ketepikan.
Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipping cream dan letak isi durian di atasnya dan lipat  
macam ni...



                                           Simpan dalam peti ais 1 - 2 jam sebelum dihidang.

lepas tu boleh makan..nyumm..



menggoda dietku..haha..

4 Nov 2012

nilai kejayaan dalam hidup

esok peperiksaan spm. inilah yang bakal menentukan hala tuju perjalanan insan-insan kamil di muka bumi Allah swt ini. peperiksaan ini juga yang bakal membawa haluan anak-anak ke arah mana bidang yang ingin diceburi seterusnya mengapai kerjaya dalam pelbagai disiplin kehidupan dan sosial.

aku pernah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. aku juga pernah hampir gagal dalam peperiksaan. aku pernah mendapat tempat petama dalam kelas.  aku juga pernah mendapat tempat ke 23 ketika darjah 4. aku hampir kecewa ketika di universiti lantaran gagal untuk mencapai yang terbaik. namun aku di akhirnya , aku merasai juga mendapat keputusan yang membanggakan pada akhir-akhir semester. aku pernah gagal dlam ujian kemasukan KPLI namun akhirnya aku dapat juga menjadi guru dan mendapat diploma pendidikan dengan keputusan yang sangat cemerlang. 

aku pernah kecundang dalam kerjaya lantaran berlaku pelbagai krisis dan salah faham yang akhirnya hampir memusnahkan masa depan sendiri. namun, takdir aku masih dalam lindungan Nya. Aku jatuh terjelepuk, namun aku berjaya bangun walaupun langkahku akan terkebelakang berbanding yang lain. Aku percaya, rezeki, Allah swt yang berkuasa memberi atau menariknya kembali dan rezeki bukan terletak di tangan manusia.

kini, aku tidak lagi melihat kejayaan dalam kehidupan hanya didasarkan kepada pencapaian dalam bidang akademik sahaja. tidak juga sesuatu kejayaan diri itu hanya diukur dari pangkat dan harta yang melimpah ruah. bagi aku, setiap manusia berjaya dalam potensi dan cara hidup diri masing-masing. rezeki Allah bagi berbeza-beza anntara satu dengan yang lain..

seorang kawan zaman persekolahanku yang agak kebelakang berbanding aku, kini sudah berada jauh dipuncak kerjaya yang mantap serta berilmu. ada juga kawanku yang tidak sempat menyambungkan pelajaran ke peringkat tinggi kerana berkahwin awal. kini , sudah maju membantu suami dan mendapat status yang baik dari masyarakat.ramai juga kawanku yang berkerja sendiri, sebagai usahawan berjaya. ramai juga yang menjadi suri rumah yang berjaya dengan mendapat ramai anak dan mampu menguruskan keluarga dengan jayanya. 

pendek kata, kejayaan dalam kehidupan, tidak harus dipandang dari satu sudut sahaja. ianya sangat luas untuk ditafsirkan. moga kehidupan kita semua dirahmati Allah SWT. yang aku harapkan kini, adalah kejayaan dalam mengumpul harta akhirat. ameen.

1 Nov 2012

MUHASABAH DIRI 2 : IBU YG SOLEHAH

" Sungguh telah ada bagimu dalam diri Rasulullah itu suri teladan yang baik" (Al-Ahzab :21)

Islam itu agama keluarga. Segala tugas dan kewajipan seorang mukmin terhadap keluarga dan rumahtangganya telah ditetapkan. Keluarga Islam adalah asas kepada pembentukkan jemaah islam yang lebih kuat. Ia ibarat satu sel yang saling berkait dengan jaringan sel-sel yang lainnya.

Dalam hal ini, dalam memastikan keberkesanan pembentukkan jemaah islam yang lebih mantap,terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Ianya bermula daripada keberkesanan pendidikan anak-anak yang dilahirkan.Keberkesanan pendidikan anak-anak pula harus diasaskan oleh IBU YANG SOLEHAH.

Hal ini kerana ibu merupakan tunjang utama dlm tugas mendidik anak-anak. Dengan keberkesanan fungsi ibu sebagai pendidik yang berjaya dalam rumahtangga, maka benteng akidah dalam keluarga akan lebih kuat dan kukuh, aman serta harmoni.

Ibu yang solehah juga bukan sahaja mampu menjadi pendidik kpd anak-anak, namun berfungsi sebagai penenang jiwa dalam keluarga

Ibu/isteri yg solehah juga bukan sahaja mampu menjaga dirinya dengan baik,malahan mampu menjaga harta suaminya serta anak-anaknya.

  • anak2 bukan sahaja disuap dengan makanan namun juga dgn keimanan
  • anak2 tidak sahaja diberi susu tetapi diberi juga kemuliaan
  • anak2 didodoikan dgn alunan zikir dan salawat
  • taqwa dijadikan hiasan anak2
Malah, ibu yang solehah dapat  meletakkan cinta kepada Allah SWT sebagai  perkara yang paling penting dalam hati, seterusnya dapat membentuk jiwa anak-anak selagi hayat dikandung badan.

Kekuatan wanita/ibu yang solehah dapat membantu menyokong tugas ayah/bapa dalam membina institusi keluarga yang utuh.

Akhir sekali wanita yang solehah merupakan harta simpanan yang paling bernilai bagi seorang lelaki di dunia mahupun di akhirat.

Dicatat dan diolah semula daripada buku: "Cara nabi mendidik anak" tulisan Ir Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid" -kat labrary sekolahku..


p/s:semoga Allah SWT beri kekuatan kepada kita untuk menjadi ibu yang solehah kepada putera-puteri kita. 





9 Oct 2012

seorang kakak mengadu keluh resahnya apabila suaminya yang selama ini sangat baik hati, malah rajin, super duper rajinlah,  menegurnya yang terlalu menumpukan pada kerja sehinggakan selalu pulang lewat.benar, dia seorang yang lurus, amanah dan komited tentang kerjanya.dia bersungguh-sungguh setiap masa kerana katanya dia lambat untuk menyiapkan sesuatu kerja, tidak secerdik orang lain terutama yang berkaitan hal-hal IT dan penyediaan kertas kerja. dia resah bimbang segala...tentang apa yang perlu dilakukan. maka jawab seorang kakak lagi, pesannya:

bekerja setakat tugas dan waktu kerja kita sahaja
lebihkan masa untuk keluarga
curi masa untuk diri sendiri
selalu bergaul dengan rakan-rakan dan menikmati gurau senda untuk mengurangkan tekanan

saya tambah : sebab tu lah kami selalu melepak kat sofa tamu ni selepas waktu kerja. ambil masa borak-borak dengan kawan-kawan, makan-makan, gelak-gelak, lepas tu baru balik rumah. kerana bila sampai rumah, 1001 tugas rumah tangga menunggu kita. memang tak sempat berehat.bila kita ceria di tempat kerja, di rumah jugak kita akan lebih tenang dan bahagia untuk insan-insan tersayang kita.

macam hari ini
macam-macam cerita lucu keluar..
hahahahhaha...gelak sampai balik rumah...

cerita 1 : 

bercerita tentang rombongan kawan-kawan lelaki ke shongkla dan hatyai baru-baru ni.memanglah lelaki, tak adanya nak beli barang-barang mcm perempuan. kami pergi hatyai tahun lepas, borong sakan barang-barang penuh bas.ingat semua, untuk suami, anak-anak, kawan-kawan, segala.tut-tut depa pi baru-baru ni..

seorang tu beli lesung batu..
seorang tu beli itik
seorang lagi beli arnab
seorang lagi beli  landak..hahaha..

pakat gelak kami bercerita tentang kaum lelaki ni.punya banyak barang yang ada kat hatyai nun...bianatang2 je yang dibeli. sampaikan pak cik driver bas tu cakap selama ni dok bawa rombongan pergi hatyai, ni lah kali pertama jumpa dgn kes macam ni..haiih.

cerita 2 :

seorang kawan bercerita, ada seorang rakan sekerja suaminya. perempuan. yang kulitnya agak gelap. suatu hari dia pakai baju warna merah menyala..terang ang-ang...mulalah kawan-kawan mengusik.ada yang menegur...tak sesuailah..macam-macam.kemudian dia jawab "dah teringin nak pakai warna merah..pakai ja lah, kalau tunggu kulit kak jadi putih , tak putih dah..." sungguh aih...sokong kata kakak tu.pakat gelak lagi. 

cerita 3:

banyak cerita yang tidak tahu untuk susun ayatnya. dan tak sesuai dipapar.pendek kata semua cerita lucu.pasal anak, pasal cerita lama..bla..bla..bla..balik

lepas tu ingat teka-teki seorang kawan

apakah binatang yang berak, kencing, segala semuanya dalam mata

jawapannya:

binatang yg masuk dalam mata kita..hahaha...benci...tapi gelak gak...
siap balik rumah teka kat suami...
dia pun masa tu gelak sakan ,marah manja kat saya pasai perkena dia.
hahahaha...







5 Oct 2012

Kek butter strawbery

Asyik mencuba pelbagai jenis kek2 baru..lapis lah , cheese la, anak-anak dah tak mau lagi. baru-baru ni buat kek tiramisu pun kurang mendapat perhatian.tak sempat ambil gambar kek tiramisu yang diisi dalam bekas kecik-kecik yang comel je tu. senang nak makan. last, kakak bawa untuk kawan-kawan sekelas dia. siap minta order lagi, nak beli. haha..banyak la sangat masa mama nak buat kek, dengan baby lagi, kerja lagi..ingat minggu depan nak buat lagi untuk bawa balik kampung. adik ipar dok sebut2 dah teringin tiramisu kek.

cuti jumaat minggu ni,abah tiada. ikut rombongan kerja sampai sabtu. cuaca mendung dan syahdu ja kat luar rumah. malas sangat nak keluar. anak-anak minta macam-macam, nak itu, nak ini. sudahnya saya bua kek tradisi..klasik lagi..hehe kek butter...request anak-anak sebenarnya. dah rindu kut dengan kek ini. dah lama kan tak buat. adalah dekat setahun lebih huhu..

Kek Butter Strawberry


bahan-bahan

250 gm butter (seketul )
1 cawan gula halus
5 biji telur gred B
2 cawan tepung naik sendiri
(saya guna 2 cawan tepung gandum ayak bersama 1 sk baking powder)
esn vanila (adunan kuning)
perisa strawbery (adunan merah)
air 1/4 cawan biasa

Cara2

Putar butter dengan gula sampai kembang (putih) 
Masukan telur satu persatu. (putar setiap telur 30 saat)
putar lagi sampai putih dan sempurna
masukkan tepung sedikit-sedikit berselang seli air
kaup balik dengan senduk sampai sebati dan ringan
 bahagikan adunan kepada 2
1. adunan asal masukkan sedikit esen vanila.sebatikan
2. masukkan perasa strawbery dan sedikit pewarna merah .sebatikan
tuang adunan asal berselang seli aduan merah dalam 
loyang 9 inci
bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah.



Tahniah Samsung..!

Assalamualaikum
Awal-awal pagi buka Berita Harian online dulu. walaupun dah tak berapa nak minat baca surat khabar arus perdana sejak akhir2 ini..(ya lah...berita ntah apa-apa, asyik politik,politik..kalau betul tak apa jugak..kadang-kadang persepsi ja...utusan lagi bangang kutt..maklumat kat bloq pun jadi tajuk utama..haiiya...senang keja wartawan hari ni, cilok dari bloq, ulas, tambah perisa sikit..tak mau lah baca) tapi kan...sebenarnya dalam tak mau baca pun, kena juga ambik tahu hal-ehwal semasa terutamanya bab ekonomi dan lain2 masih banyak yang bermanfaat. misalnya berita hari ni..wahhh..teruja dengan Samsung..(mentang-mentang pakai telefon samsung yang murah ja pun..)

Samsung catat untung tertinggi dalam sejarah



Permintaan tinggi bagi telefon pintar Samsung mengatasi jualan pesaingnya.Permintaan tinggi bagi telefon pintar Samsung mengatasi jualan pesaingnya.
Jualan kukuh telefon pintar, dahului Apple, Nokia 

SEOUL: SAMSUNG Electronics Co mencatat keuntungan operasi sukuan tertinggi dalam sejarah, didorong oleh jualan kukuh telefon pintar yang mengimbangi permintaan semikonduktor yang lemah. Petunjukpendapatan suku ketiga Samsung menunjukkan ia berada pada landasan untuk mencatatkan keuntungan sukuan tertinggi bagi empat suku tahunan berturut-turut, di sebalik perbalahan dengan Apple Inc yang mengakibatkan ia perlu membayar pampasan AS$1 bilion (RM3.1 bilion) Ogos lalu. 
Bagaimanapun penganalisis berkata peningkatan bagi perbelanjaan pemasaran akan mengurangkan keuntungan syarikat bagi tempoh Oktober-Disember dan mengekalkan marjin keuntungan bagi peranti mudah alih akan menjadi lebih sukar. Samsung menjangkakan pendapatan operasinya bagi tempoh Julai-September meningkat dua kali ganda kepada 8.1 trilion won (AS$7.3 bilion) daripada 4.25 trilion won yang dicatatkan tahun sebelumnya. Keputusan kewangan itu, yang 21 peratus lebih tinggi daripada keuntungan tertinggi dicatatkan Samsung pada April-Jun, adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran 7.6 trilion won, menurut tinjauan pendapat daripada 26 penganalisis oleh FnGuide Inc, penyedia maklumat kewangan. Pengeluar terbesar telefon mudah alih, cip memori dan TV dunia itu menjangkakan pendapatan sukuan meningkat 26 peratus kepada 52 trilion won, berbanding tahun sebelumnya. Saham 
Samsung didagangkan 0.4 peratus lebih rendah di Seoul. Samsung akan mengumumkan keputusan kewangannya termasuk pendapatan bersih dan pecahan bagi setiap bahagian pada akhir bulan ini. Penganalisis percaya perniagaan komunikasi mudah alih Samsung yang menjual telefon mudah alih, pemain media dan komputer tablet meraih hampir 70 peratus daripada keuntungan operasi syarikat pada suku sebelum ini. Pertumbuhan itu didorong oleh permintaan tinggi bagi telefon pintar Samsung yang menggunakan platform Android, sekali gus menampung kelemahan permintaan cip memori selain marjin lebih kecil bagi jualan televisyen. Samsung mendahului Apple dan Nokia dalam jualan telefon pintar buat kali pertama pada 2011, menurut penganalisis strategi. - AP
Saya ingat lagi, kira-kira enam tahun lalu, saya dan encik suami beli video camera, yang murah masa tu jenama Samsung...lebih kurang RM 1200 ...murahla banding yang lain. tapi dah beriya nak pakai konon nak rakam karenah anak-anak membesar. tak rugi juga beli, sempat juga suami dapat projek rakam majlis  orang.kira berbaloi jugak. kadang-kadang teringat kamera tersebut, walaupun gambar rakamannya tidaklah terlalu cantik. tinggal kenangan kini..dah rosak akibat dipinjam kawan suami. dah memang nak rosak kut. nak perbaiki, mahal pulak. lagipun, la ni murah aje camera video dan pelbagai jenis yang lebih moden. kamera handfon pun boleh rakam video.
sekejap aja,Samsung sudah bina nama sebagai pengeluar telefon bimbit yang paling dikehendaki atau bahasa mudah paling laku. respek la company korea, dah potong Apple dan Nokia tu. cuma nak beli kereta korea ja fikir dua tiga ratus kali.bukan tak cantik,tak...cantiksangat kereta Hyundai, Kia, dll.tapi kan, cepat jatuh nilai pada pasaran negara kita. tu yang kena fikir banyak tu.dah la mahal harga kereta kat malaysia. 
rasa nak tukar pakai hp samsung yang lebih canggih la...wahh...wahh...nak menambahkan lagi untung Samsung hahaha..tiba-tiba obses korea.mula lah terjengol wajah-wajah hero korea dalam minda.macam remaja la pulak.adeh!