30 Nov 2012

Artis bertudung : usah mempersoalkan keikhlasan mereka..


1 Muharram baru-baru ni,buka face book terus mata terpaku melihat pic seorang rakan sekolah yang bertudung.bila baca status dia, dengan bersungguh-sungguh mengumumkan penghijrahan dirinya . terus like dan komen. rasa bersyukur kerana selama ini memang terasa kerdil diri ini di sisi Allah swt kerana begitu lama menjadi kawannya saya tidak mampu untuk menegurnya. 

walaupun sejak hubungan kembali terjalin setelah masing-masing berpisah selepas tamat persekolahan, kami hanya berhubungan di alam maya, namun hati kecil ini tetap rasa tidak selesa. ingin menegur secara langsung namun memikirkan perasaannya,maruahnya ,pelbagai sangkaan lagi.pendek kata untuk berdakwah ni amboi-amboi banyak sungguh takut-takunya, melompat-lompat iblis gembira tentu siap menyanyi riang lalalala.. lagi melihat kegagalan manusia dalam menyebarkan dakwah kepada orang lain. perkara kecik sangat tu. hanya tudung. tak masuk hal ehwal hukum hakam lain yang seluas lautan nun...

sungguh, bila lihat sahaja status dia , terasa lega diri ini. moga dia terus kuat untuk melaksanakan perintah Allah swt dengan hati yang ikhlas. memang lah , ikhlas tidak boleh diukur dengan perkataan mahupun gambaran sahaja, namun imej dan tingkah laku yang baik, menurut syariat itu tidak harus dipersoalkan keikhlasan dirinya. ukuran baik seseorang di sisi Allah swt memang kita tidak tahu. Allah swt sahaja yang menilainya. namun, menzahirkan tingkah laku,perbuatan, fizikal, penampilan , sekurang-kurangnya mendapat bahagiannya dalam rahmat Allah...apatah lagi bertudung adalah wajib bagi seorang wanita. tanpa prejudis...

begitu juga halnya dengan artis-artis kita yang kian ramai menunaikan kewajipan bertudung dalam pelbagai gaya dan fesyen. ada yang terus berubah meninggalkan dunia lara hiburan. ada yang masih lagi berada dalam kerjaya tersebut. benar, fenomena ini merupakan hidayah untuk semua khususnya masyarakat hiburan. sekurang-kurangnya ada gambaran, cerita, dan perbualan tentang hijrah dan hukum hakam dalam kalangan mereka.

 Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

antara artis yang sudah bertudung
Catriona Ross - lagi cantik  selepas
bertudung



Antara artis senior yang berhijrah -Aishah


berhijrah dan berpolitik..mcm2 orang kutuk...
moga terus kuat..
farah af2 - mula -mula sebab jadi hos rancangan
halal astro tu...terus kekal 


anna rafali

diana amir-bertunang dgn orang baik2
moga makin kuat tarbiahnya

terkini-shila amzah..perjalanannya masih jauh
nama sedang berada di puncak, dugaan
sangat banyak . moga kekal.


moga-moga selepas ini, kita semua lebih memahami bukan sahaja wajib bertudung tetapi menutup aurat yang dituntut..mulakan langkah pertama, melangkah lagi ke tangga seterusnya.In sya Allah..ameen.smile)-



26 Nov 2012

RESEPI BUBUR ASYURA SEKAWAH

Assalamualaikum ..


semalam terima satu bekas bubur asyura daripada surau. keras sikit. walau bagaimanapun, makan je lah.rezeki kan. tak baik membazir. pada zaman sekarang, memang susah nak cari orang yang tahu resepi-resepi lama ni. lepas tu terus teringat bubur asyura yang kami bersama kawan2 en. suami buat hari tu. boleh tahan, ramai yang puji. (untuk sekawah besar tau)


RESEPI SEKAWAH BUBUR ASYURA

Bahan-bahan asas

6 kampit/kilo tepung beras
2 cwn tepung gandum
6 kilo santan / 18 biji kelapa
3 kilo kacang hijau (rendam dan rebus dulu)
5 kilo gula
3 cawan sagu (rendam sekejap dan tos)

Bahan-bahan (optional)

3 kilo kacang kuda (rendam dan rebus empuk)
5 kilo ubi keledek (kupas dan potong kecil)
 6 tin jagung / 20 tongkol jagung segar (hiris)
pisang sederhana masak(20 biji) -potong runcing

labu 2 biji (kalau suka) - potong sederhana,jgn telalu kecil@besar
3 kacang merah (saya mesti letak sbb suka) rendam dan rebus 
air (lebih kurang utk 3/4 kawah) - agak2 ja tgk keadaan)
garam (agak2 dlm 3 sudu besar)
daun pandan 2 helai

*kalau tak letak garam rasa bubur tak best..

Cara-cara

1. bancuh/gaul tepung dengan air terlebih dahulu sehingga sebati
(jgn byk sangat air, agak2 sesuai dgn tepung ja )
2) panaskan santan + air + larutan tepung dengan api sederhana
(kacau perlahan2 -jangan berhenti)
3) masukkan kacang hijau, sagu, kacang merah, ubi, jangung dan labu dan daun pandan
(kacau lagi )
                                                4)masukkan gula (kacau sampai agak pekat)
5)masukkan pisang, garam

*jangan berhenti kacau sampai pekat berkilat (org kedah kata merelit)


*semasa kacau jika nampak terlalu cepat pekat, tambah air sedikit demi sedikit.adjust-
*lepas masak,terus ja tuang dalam dalam/bekas yang sesuai. tunggu sejuk
*kalau suka boleh letak isi durian..nyum sedapp

23 Nov 2012

Resepi Bubur Asyura Kedah

semalam, suami telefon tanya resepi bubur asyura untuk sekawah. waa....untuk sekawah tak cekap la , kalau untuk kawah kecil/kuali tahu jugak la. tu pun sebab selalu buat kat sekolah . dok simpan lagi resepi tu. tapi kalau kat rumah biasa buat sikit ja ..


BUBUR ASYURA

Bahan-bahan asas

1 kampit/kilo tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1 kilo santan / 4 biji kelapa
3/4 kilo gula
1/2 kilo kacang hijau (rendam dan rebus dulu)
1/2 cawan sagu (rendam sekejap dan tos)

Bahan-bahan (optional)

1/2 kilo kacang kuda (rendam dan rebus empuk)
2 kilo ubi keledek (kupas dan potong kecil)
 1 tin jagung / 6 tongkol jagung segar (hiris)
pisang sederhana masak(6 biji) -potong runcing
labu (kalau suka) - potong sederhana,jgn telalu kecil@besar
1/2 kilo kacang merah (saya mesti letak sbb suka) rendam dan rebus 
air (lebih kurang 7 liter) - saya agak2 ja tgk keadaan)
garam (agak2 dlm 1 sudu kecil)
daun pandan 2 helai
*kalau tak letak garam rasa bubur tak best..

Cara-cara

1. bancuh/gaul tepung dengan air terlebih dahulu sehingga sebati
(jgn byk sangat air, agak2 sesuai dgn tepung ja )
2) panaskan santan + air + larutan tepung dengan api sederhana
(kacau perlahan2 -jangan berhenti)
3) masukkan kacang hijau, sagu, kacang merah, ubi, jangung dan labu dan daun pandan
(kacau lagi )
(pic gogle punya)
4)masukkan gula (kacau sampai agak pekat)
5)masukkan pisang, garam

*jangan berhenti kacau sampai pekat berkilat (org kedah kata merelit)

*lepas masak,terus ja tuang dalam dalam/bekas yang sesuai. tunggu sejuk
*kalau suka boleh letak isi durian..nyum sedapp




p/s : suami dan rakan-rakannya serta isteri masing-masing telah berjaya menyediakan bubur asyura untuk sekawah  besar. nanti saya post resepi utk sekawah . bangga sebab semua orang kata sedap...



22 Nov 2012

Resepi mudah ikan siakap tiga rasa

assalamualaikum...teringin pulak nak makan ikan siakap 3 rasa. teringat masa tinggal kat langkawi.selalu makan ikan siakap fresh.bila balik sini, susah jugak nak dapat ikan fresh ni, biasanya kalau ikan siakap saya selalu beli di TESCO ja..ini resepi simple, sangat simple tetapi mudah....masa itu emas kan...yang penting masak sendiri ,baik dari makan kat kedai yang dimasak oleh cik mek2 dari thai nun...kita masak sendiri dgn penuh kasih sayang, dan salawat...


ikan siakap tiga rasa

bahan-bahan

ikan siakap 1 ekor-siang dan goreng 

halia 1 cm-hiris
serai 2 batang-ketuk
bawang putih 2 ulas -tumbuk
bawang merah 2 ulas-tumbuk
tomato 1biji - potong dadu
sos tiram 4 sudu besar
sos cili 4 sudu besar
kicap manis 2 sudu besar
sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
sedikit air asam limau atau air asam jawa
minyak utk menumis

cara-cara

1)panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah dan halia
2)masukan sos tiram,sos cili dan kicap serta air
3)masukan tomato dan air asam limau
4)masukkan serai dan biar mendidih dan agak pekat.adjust .kalau terlau pekat,tambah sikit air.

p/s : rasa dulu,jika masin tak perlu letak garam atau sebaliknya.

last..tuang kan ke atas ikan . taburkan dengan hirisan daun sup/daun bawang dan hirisan cili besar utk hiasan.


ikan siakap tiga rasa
pic gogle : tq


info: saya suka guna kicap mudim(sebab pekat) atau kipas udang, sos tiram maggi/zuza, sos cili maggi atau life, kadang2 letak juga sikit sos lada hitam zuza...dan biasanya saya tak skima pun mcm resepi di atas, just tauk-tauk jek..10 minit siap...(tauk = campak masuk )

20 Nov 2012

secebis tinta buat GAZA

tiada kesudahan kisah dukamu
bagai satu cerita panjang
tiada klimaks mahupun peleraian

sungguh
sejak kecil kami mengenalimu
sekejap datang dan sekejap pergi
cerita dukamu itu

sehinggakan
kami hampir alpa
tentang cerita dukamu
tentang air mata darah di bumimu

kini
kisahmu kembali lagi
kisah duka bersalut sengsara

aku
hanya mampu 
mengirim doa 
walaupun kami di sini bahagia
kalian di sana juga lebih bahagia 
kerana derita di dunia
dihadiahkan ganjaran syurga
buatmu
wahai para pejuang,para syuhada,anak-anak kecil, wanita solehah palestin di bumi gaza..

*Semoga Allah SWT memberkati perjuangan mereka mempertahankan tanah air tercinta.Bantulah mereka Ya Allah, turunkan seluruh kekuatanMU untuk menghancurkan Israel laknatullah..kekuatanmu tiada tandingan jika dibandingkan dgn teknologi ,senjata mereka..aminnn..

Resepi paling senang kek coklat blueberry cheese..

hari tu buat kek coklat moist lapis cheese. tak sempat nak ambik gambar. suami bawa pergi sekolah. menjamu rakan-rakan sebelum cuti panjang.kelmarin, kebetulan cuti depavali, adik beradik bertandang ke rumah. adik bongsu(mak su) sungguh2 minta nak belajar buat kek.anak yang kecil demam.kesian pulak kat mak su teringin sangat kek coklat lapis cheese tu...so, tak apalah,sambil riba baby,sambil bagi arahan cara yg paling mudah untuk orang yang baru nak belajar buat kek.tapi tak lapis la..letak cheese kat atas je..senang.inilah hasilnya ...tadaaa..

Kek coklat blueberry cheese


alang2 dah pos gambar kongsi ja lah resepi mudah ni..pasti jadi punya...
resepi asal dari Fb Chef and Charity club..
ni yg telah di edit


Bahan (A) :  kek
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair (saya guna fresh milk)
1 cawan minyak ( saya guna minyak jagung)
1 cawan gula (saya guna 1/2 cwn ja)
1/2 cawan susu pekat (kalau tak masukkn susu pekat, saya guna gula 1 cwn)
**MASAK ATAS API KEMUDIAN SEJUKKAN

(B)

1 cawan tepung gandum1 sk soda bikarbonat
1sk baking powder


(ayak bersama)

(C)3 biji telur pukul sampai kembang

Cara-cara:


1) masukkan (C) dlm koko yg disejukkan tadi kaup balik ,gaul adunan dgn senduk


2) kemudian masukkan  tepung(B), kaup balik hingga adunan mesra


3) masukkan dlm loyang dan kukus dgn api yg sederhana  selama 30 minit /sehingga masak
(*pastikan periuk kukusan dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang 10 minit)

Bahan utk cheese/keju

250gm creame cheese (saya guna seketul tortura)
1/2 cawan gula halus
25ml air ( saya guna 1/4 cwn susu segar)

saya letak 1sb jus lemon

Cara-cara
1) pukul semua bahan cheese sampai kembang, gebu..
2) sapukan adunan cheese atas kek (saya guna loyang yg boleh buka sisi)
4) sapukan filing bluberry atas cheese
5) sejukan dalam peti ais


sekejap je habis..huhu

inilah hasilnya tunjuk ajar dan arahan ku kepada adindaku yang berusia sweet 17..birthday kali ni sgt bermakna kerana dapat sediakan kek sendiri. I jadi boss sambil riba baby demam, mulut ja bagi arahan pot-pet2...ermmm..sedap lah pula kek ni, moist,lembut,berongga gebu..cair dlm mulut habaq hang...sila cuba resepi paling mudah ni..thanks kepada pemilik asal resepi.maaf tok guru, derhaka sikit2 ..hehe




12 Nov 2012

musim durian crepe atau bantal durian

La ni musim durian crepe...haiilah..macam-macam nama makanan yang diadun, diubahsuai, disesuaikan mengikut selera terkini. memang tak mau layan sangat, tetapi bila tengok pic makanan ni ..tergoda juga selera ni..kena cari durian la...bahan2 lain dah ada...kena buat jugak..terliur tap..tap dah gosek dah resepi dari mas-dapurmas.blogspot dan blog2 lain...thanks kepada semua pemilik resepi,halalkan ya ilmu yg diperturunkan.



durian pancake /bantal durian/durian crepe


Bahan² untuk Kulit Penkek :

250 gm tepung gandum
3 biji telur - Grade A
500 ml santan 
1/2 sudu teh garam
Pewarna kuning atau hijau secukupnya

Bahan Inti :
Whipping Cream + Gula - manis ikut citarasa
Isi durian secukupnya - lumat kasar


Cara² untuk Kulit Penkek:
Blend kesemua bahan dan dadar nipis² dalam non stick pan

macam nii....



Cara² untuk Inti Durian :
Putar whipping cream dan gula sampai kental ketepikan.
Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipping cream dan letak isi durian di atasnya dan lipat  
macam ni...



                                           Simpan dalam peti ais 1 - 2 jam sebelum dihidang.

lepas tu boleh makan..nyumm..



menggoda dietku..haha..

4 Nov 2012

nilai kejayaan dalam hidup

esok peperiksaan spm. inilah yang bakal menentukan hala tuju perjalanan insan-insan kamil di muka bumi Allah swt ini. peperiksaan ini juga yang bakal membawa haluan anak-anak ke arah mana bidang yang ingin diceburi seterusnya mengapai kerjaya dalam pelbagai disiplin kehidupan dan sosial.

aku pernah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. aku juga pernah hampir gagal dalam peperiksaan. aku pernah mendapat tempat petama dalam kelas.  aku juga pernah mendapat tempat ke 23 ketika darjah 4. aku hampir kecewa ketika di universiti lantaran gagal untuk mencapai yang terbaik. namun aku di akhirnya , aku merasai juga mendapat keputusan yang membanggakan pada akhir-akhir semester. aku pernah gagal dlam ujian kemasukan KPLI namun akhirnya aku dapat juga menjadi guru dan mendapat diploma pendidikan dengan keputusan yang sangat cemerlang. 

aku pernah kecundang dalam kerjaya lantaran berlaku pelbagai krisis dan salah faham yang akhirnya hampir memusnahkan masa depan sendiri. namun, takdir aku masih dalam lindungan Nya. Aku jatuh terjelepuk, namun aku berjaya bangun walaupun langkahku akan terkebelakang berbanding yang lain. Aku percaya, rezeki, Allah swt yang berkuasa memberi atau menariknya kembali dan rezeki bukan terletak di tangan manusia.

kini, aku tidak lagi melihat kejayaan dalam kehidupan hanya didasarkan kepada pencapaian dalam bidang akademik sahaja. tidak juga sesuatu kejayaan diri itu hanya diukur dari pangkat dan harta yang melimpah ruah. bagi aku, setiap manusia berjaya dalam potensi dan cara hidup diri masing-masing. rezeki Allah bagi berbeza-beza anntara satu dengan yang lain..

seorang kawan zaman persekolahanku yang agak kebelakang berbanding aku, kini sudah berada jauh dipuncak kerjaya yang mantap serta berilmu. ada juga kawanku yang tidak sempat menyambungkan pelajaran ke peringkat tinggi kerana berkahwin awal. kini , sudah maju membantu suami dan mendapat status yang baik dari masyarakat.ramai juga kawanku yang berkerja sendiri, sebagai usahawan berjaya. ramai juga yang menjadi suri rumah yang berjaya dengan mendapat ramai anak dan mampu menguruskan keluarga dengan jayanya. 

pendek kata, kejayaan dalam kehidupan, tidak harus dipandang dari satu sudut sahaja. ianya sangat luas untuk ditafsirkan. moga kehidupan kita semua dirahmati Allah SWT. yang aku harapkan kini, adalah kejayaan dalam mengumpul harta akhirat. ameen.

1 Nov 2012

MUHASABAH DIRI 2 : IBU YG SOLEHAH

" Sungguh telah ada bagimu dalam diri Rasulullah itu suri teladan yang baik" (Al-Ahzab :21)

Islam itu agama keluarga. Segala tugas dan kewajipan seorang mukmin terhadap keluarga dan rumahtangganya telah ditetapkan. Keluarga Islam adalah asas kepada pembentukkan jemaah islam yang lebih kuat. Ia ibarat satu sel yang saling berkait dengan jaringan sel-sel yang lainnya.

Dalam hal ini, dalam memastikan keberkesanan pembentukkan jemaah islam yang lebih mantap,terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Ianya bermula daripada keberkesanan pendidikan anak-anak yang dilahirkan.Keberkesanan pendidikan anak-anak pula harus diasaskan oleh IBU YANG SOLEHAH.

Hal ini kerana ibu merupakan tunjang utama dlm tugas mendidik anak-anak. Dengan keberkesanan fungsi ibu sebagai pendidik yang berjaya dalam rumahtangga, maka benteng akidah dalam keluarga akan lebih kuat dan kukuh, aman serta harmoni.

Ibu yang solehah juga bukan sahaja mampu menjadi pendidik kpd anak-anak, namun berfungsi sebagai penenang jiwa dalam keluarga

Ibu/isteri yg solehah juga bukan sahaja mampu menjaga dirinya dengan baik,malahan mampu menjaga harta suaminya serta anak-anaknya.

  • anak2 bukan sahaja disuap dengan makanan namun juga dgn keimanan
  • anak2 tidak sahaja diberi susu tetapi diberi juga kemuliaan
  • anak2 didodoikan dgn alunan zikir dan salawat
  • taqwa dijadikan hiasan anak2
Malah, ibu yang solehah dapat  meletakkan cinta kepada Allah SWT sebagai  perkara yang paling penting dalam hati, seterusnya dapat membentuk jiwa anak-anak selagi hayat dikandung badan.

Kekuatan wanita/ibu yang solehah dapat membantu menyokong tugas ayah/bapa dalam membina institusi keluarga yang utuh.

Akhir sekali wanita yang solehah merupakan harta simpanan yang paling bernilai bagi seorang lelaki di dunia mahupun di akhirat.

Dicatat dan diolah semula daripada buku: "Cara nabi mendidik anak" tulisan Ir Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid" -kat labrary sekolahku..


p/s:semoga Allah SWT beri kekuatan kepada kita untuk menjadi ibu yang solehah kepada putera-puteri kita.