9 Oct 2012

seorang kakak mengadu keluh resahnya apabila suaminya yang selama ini sangat baik hati, malah rajin, super duper rajinlah,  menegurnya yang terlalu menumpukan pada kerja sehinggakan selalu pulang lewat.benar, dia seorang yang lurus, amanah dan komited tentang kerjanya.dia bersungguh-sungguh setiap masa kerana katanya dia lambat untuk menyiapkan sesuatu kerja, tidak secerdik orang lain terutama yang berkaitan hal-hal IT dan penyediaan kertas kerja. dia resah bimbang segala...tentang apa yang perlu dilakukan. maka jawab seorang kakak lagi, pesannya:

bekerja setakat tugas dan waktu kerja kita sahaja
lebihkan masa untuk keluarga
curi masa untuk diri sendiri
selalu bergaul dengan rakan-rakan dan menikmati gurau senda untuk mengurangkan tekanan

saya tambah : sebab tu lah kami selalu melepak kat sofa tamu ni selepas waktu kerja. ambil masa borak-borak dengan kawan-kawan, makan-makan, gelak-gelak, lepas tu baru balik rumah. kerana bila sampai rumah, 1001 tugas rumah tangga menunggu kita. memang tak sempat berehat.bila kita ceria di tempat kerja, di rumah jugak kita akan lebih tenang dan bahagia untuk insan-insan tersayang kita.

macam hari ini
macam-macam cerita lucu keluar..
hahahahhaha...gelak sampai balik rumah...

cerita 1 : 

bercerita tentang rombongan kawan-kawan lelaki ke shongkla dan hatyai baru-baru ni.memanglah lelaki, tak adanya nak beli barang-barang mcm perempuan. kami pergi hatyai tahun lepas, borong sakan barang-barang penuh bas.ingat semua, untuk suami, anak-anak, kawan-kawan, segala.tut-tut depa pi baru-baru ni..

seorang tu beli lesung batu..
seorang tu beli itik
seorang lagi beli arnab
seorang lagi beli  landak..hahaha..

pakat gelak kami bercerita tentang kaum lelaki ni.punya banyak barang yang ada kat hatyai nun...bianatang2 je yang dibeli. sampaikan pak cik driver bas tu cakap selama ni dok bawa rombongan pergi hatyai, ni lah kali pertama jumpa dgn kes macam ni..haiih.

cerita 2 :

seorang kawan bercerita, ada seorang rakan sekerja suaminya. perempuan. yang kulitnya agak gelap. suatu hari dia pakai baju warna merah menyala..terang ang-ang...mulalah kawan-kawan mengusik.ada yang menegur...tak sesuailah..macam-macam.kemudian dia jawab "dah teringin nak pakai warna merah..pakai ja lah, kalau tunggu kulit kak jadi putih , tak putih dah..." sungguh aih...sokong kata kakak tu.pakat gelak lagi. 

cerita 3:

banyak cerita yang tidak tahu untuk susun ayatnya. dan tak sesuai dipapar.pendek kata semua cerita lucu.pasal anak, pasal cerita lama..bla..bla..bla..balik

lepas tu ingat teka-teki seorang kawan

apakah binatang yang berak, kencing, segala semuanya dalam mata

jawapannya:

binatang yg masuk dalam mata kita..hahaha...benci...tapi gelak gak...
siap balik rumah teka kat suami...
dia pun masa tu gelak sakan ,marah manja kat saya pasai perkena dia.
hahahaha...







5 Oct 2012

Kek butter strawbery

Asyik mencuba pelbagai jenis kek2 baru..lapis lah , cheese la, anak-anak dah tak mau lagi. baru-baru ni buat kek tiramisu pun kurang mendapat perhatian.tak sempat ambil gambar kek tiramisu yang diisi dalam bekas kecik-kecik yang comel je tu. senang nak makan. last, kakak bawa untuk kawan-kawan sekelas dia. siap minta order lagi, nak beli. haha..banyak la sangat masa mama nak buat kek, dengan baby lagi, kerja lagi..ingat minggu depan nak buat lagi untuk bawa balik kampung. adik ipar dok sebut2 dah teringin tiramisu kek.

cuti jumaat minggu ni,abah tiada. ikut rombongan kerja sampai sabtu. cuaca mendung dan syahdu ja kat luar rumah. malas sangat nak keluar. anak-anak minta macam-macam, nak itu, nak ini. sudahnya saya bua kek tradisi..klasik lagi..hehe kek butter...request anak-anak sebenarnya. dah rindu kut dengan kek ini. dah lama kan tak buat. adalah dekat setahun lebih huhu..

Kek Butter Strawberry


bahan-bahan

250 gm butter (seketul )
1 cawan gula halus
5 biji telur gred B
2 cawan tepung naik sendiri
(saya guna 2 cawan tepung gandum ayak bersama 1 sk baking powder)
esn vanila (adunan kuning)
perisa strawbery (adunan merah)
air 1/4 cawan biasa

Cara2

Putar butter dengan gula sampai kembang (putih) 
Masukan telur satu persatu. (putar setiap telur 30 saat)
putar lagi sampai putih dan sempurna
masukkan tepung sedikit-sedikit berselang seli air
kaup balik dengan senduk sampai sebati dan ringan
 bahagikan adunan kepada 2
1. adunan asal masukkan sedikit esen vanila.sebatikan
2. masukkan perasa strawbery dan sedikit pewarna merah .sebatikan
tuang adunan asal berselang seli aduan merah dalam 
loyang 9 inci
bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah.



Tahniah Samsung..!

Assalamualaikum
Awal-awal pagi buka Berita Harian online dulu. walaupun dah tak berapa nak minat baca surat khabar arus perdana sejak akhir2 ini..(ya lah...berita ntah apa-apa, asyik politik,politik..kalau betul tak apa jugak..kadang-kadang persepsi ja...utusan lagi bangang kutt..maklumat kat bloq pun jadi tajuk utama..haiiya...senang keja wartawan hari ni, cilok dari bloq, ulas, tambah perisa sikit..tak mau lah baca) tapi kan...sebenarnya dalam tak mau baca pun, kena juga ambik tahu hal-ehwal semasa terutamanya bab ekonomi dan lain2 masih banyak yang bermanfaat. misalnya berita hari ni..wahhh..teruja dengan Samsung..(mentang-mentang pakai telefon samsung yang murah ja pun..)

Samsung catat untung tertinggi dalam sejarah



Permintaan tinggi bagi telefon pintar Samsung mengatasi jualan pesaingnya.Permintaan tinggi bagi telefon pintar Samsung mengatasi jualan pesaingnya.
Jualan kukuh telefon pintar, dahului Apple, Nokia 

SEOUL: SAMSUNG Electronics Co mencatat keuntungan operasi sukuan tertinggi dalam sejarah, didorong oleh jualan kukuh telefon pintar yang mengimbangi permintaan semikonduktor yang lemah. Petunjukpendapatan suku ketiga Samsung menunjukkan ia berada pada landasan untuk mencatatkan keuntungan sukuan tertinggi bagi empat suku tahunan berturut-turut, di sebalik perbalahan dengan Apple Inc yang mengakibatkan ia perlu membayar pampasan AS$1 bilion (RM3.1 bilion) Ogos lalu. 
Bagaimanapun penganalisis berkata peningkatan bagi perbelanjaan pemasaran akan mengurangkan keuntungan syarikat bagi tempoh Oktober-Disember dan mengekalkan marjin keuntungan bagi peranti mudah alih akan menjadi lebih sukar. Samsung menjangkakan pendapatan operasinya bagi tempoh Julai-September meningkat dua kali ganda kepada 8.1 trilion won (AS$7.3 bilion) daripada 4.25 trilion won yang dicatatkan tahun sebelumnya. Keputusan kewangan itu, yang 21 peratus lebih tinggi daripada keuntungan tertinggi dicatatkan Samsung pada April-Jun, adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran 7.6 trilion won, menurut tinjauan pendapat daripada 26 penganalisis oleh FnGuide Inc, penyedia maklumat kewangan. Pengeluar terbesar telefon mudah alih, cip memori dan TV dunia itu menjangkakan pendapatan sukuan meningkat 26 peratus kepada 52 trilion won, berbanding tahun sebelumnya. Saham 
Samsung didagangkan 0.4 peratus lebih rendah di Seoul. Samsung akan mengumumkan keputusan kewangannya termasuk pendapatan bersih dan pecahan bagi setiap bahagian pada akhir bulan ini. Penganalisis percaya perniagaan komunikasi mudah alih Samsung yang menjual telefon mudah alih, pemain media dan komputer tablet meraih hampir 70 peratus daripada keuntungan operasi syarikat pada suku sebelum ini. Pertumbuhan itu didorong oleh permintaan tinggi bagi telefon pintar Samsung yang menggunakan platform Android, sekali gus menampung kelemahan permintaan cip memori selain marjin lebih kecil bagi jualan televisyen. Samsung mendahului Apple dan Nokia dalam jualan telefon pintar buat kali pertama pada 2011, menurut penganalisis strategi. - AP
Saya ingat lagi, kira-kira enam tahun lalu, saya dan encik suami beli video camera, yang murah masa tu jenama Samsung...lebih kurang RM 1200 ...murahla banding yang lain. tapi dah beriya nak pakai konon nak rakam karenah anak-anak membesar. tak rugi juga beli, sempat juga suami dapat projek rakam majlis  orang.kira berbaloi jugak. kadang-kadang teringat kamera tersebut, walaupun gambar rakamannya tidaklah terlalu cantik. tinggal kenangan kini..dah rosak akibat dipinjam kawan suami. dah memang nak rosak kut. nak perbaiki, mahal pulak. lagipun, la ni murah aje camera video dan pelbagai jenis yang lebih moden. kamera handfon pun boleh rakam video.
sekejap aja,Samsung sudah bina nama sebagai pengeluar telefon bimbit yang paling dikehendaki atau bahasa mudah paling laku. respek la company korea, dah potong Apple dan Nokia tu. cuma nak beli kereta korea ja fikir dua tiga ratus kali.bukan tak cantik,tak...cantiksangat kereta Hyundai, Kia, dll.tapi kan, cepat jatuh nilai pada pasaran negara kita. tu yang kena fikir banyak tu.dah la mahal harga kereta kat malaysia. 
rasa nak tukar pakai hp samsung yang lebih canggih la...wahh...wahh...nak menambahkan lagi untung Samsung hahaha..tiba-tiba obses korea.mula lah terjengol wajah-wajah hero korea dalam minda.macam remaja la pulak.adeh!

Muhasabah diri 1: Syukur

Assaamualaikum wbth
Ohhhh...rupa-rupanya dia mengajar di sekolah tempat anak saya belajar.
Sekejap saja rupanya masa berlalu. Walaupun saya tak sempat mengajar dia, tapi saya mengenalinya melalui rakan-rakan. Malah dia pernah datang ke sekolah saya melawat guru-gurunya. Ketika itu dia sudah di universiti rasanya. 

Apa yang menarik, dia dan adik beradiknya kehilangan ibu dan ayah dalam masa yang dekat. Selang beberapa bulan . Menurut kawan-kawan saya, ketika itu mereka masih bersekolah.Mereka senang, dilimpahi kasih sayang ibu ayah yang bekerja sebagai guru.Dalam sekelip mata mereka hilang semua. Terpaksa balik kampung,tinggal dengan datuk dan nenek. Menghadapi kehidupan yang jauh daripada kehidupan mereka sebelum ini.pelajaran juga kian merosot.

Namun masa mematangkan dia. Kini dia nampak ceria. Malah sudahpun mendirikan rumah tangga ketika usia muda.Awan yang berarak sudah menghilangkan segala memori pilu yang pernah hadir dalam kehidupan mereka.



Saya sering terbayang-bayang wajah anak-anak saya. Seperti anak comel di atas, anak-anak kita hari ini hidup dalam lingkungan kesenangan yang amat sangat. Kecik-kecik dah pandai minta i-pad,malah sudah cekap meneroka alam internet.Pergi sekolah dihantar ibu atau ayah, berkereta lagi sehingga ke depan pintu pagar sekolah. Bukan itu sahaja, si ayah atau ibu siap membantu menghantar beg anak ke kelas. 

Kadang-kadang geram. sampai macam tu sekali kita melayan mereka , masih lagi dengan pelbagai karenah itu-ini yang memang mengugat rasa marah. Kadang-kadang diri terfikir bagaimanakah kehidupan anak-anak jika tiba-tiba kedua-dua kami dijemput Illahi pada usia muda. Walaupun kita berdoa kepada Allah SWT agar memanjangkan usia kita agar dapat membimbing anak-anak, menjadi insan berguna kepada agama, namun kuasa Allah siapa dapat menduga,

Bagaimanakah mereka? Dengan siapakah mereka hendak duduk.Mampukah orang melayani karenah mereka. Sudah biasa mempunyai pelbagai keinginan yang biasanya dipenuhi. Setiap kali raya, baju baru yang berjenama. Segala kelengkapan sekolah yang sempurna. Segalanya baru setiap tahun. Hujung minggu jalan-jalan bersama. Hujung tahun lagi jauh perjalanan. Kelas tambahan, kelas al quran semua berbayar.Itu belum kira lagi pelbagai rencam kehidupan masyarakat kini yang serba mudah, moden dan berteknologi. anak-anak kita sudah biasa dengan semua itu. Bagaimana jika kita tiada?

Tak terjangkau oleh fikiran sebenarnya apa yang akan terjadi pada masa depan anak-anak. Seboleh-bolehnya cuba juga sedaya upaya mengajar anak-anak erti kesusahan. Kadang-kadang saya sering juga memperingatkan anak-anak akan hal tersebut. Suruh mereka berdikari. Jangan terlalu mengharapkan mama dan abah sahaja. Kena sentiasa bersyukur.


semoga keluarga kita dijauhkan dari segala ujian yang di luar kemampuan kita.
Insya Allah . Ameen.







1 Oct 2012

Tercekik...???

Tadi kat tempat kerja ada seorang kawan bawa tasbih digital. bagi tengok contoh. pakai kat jari ja, macam cincin, ada butang tekan. boleh berzikir setiap masa. senang kan...tak ada alasan sebenarnya tak sempat berzikir. sambil sembang-sembang, tersebutlah kisah seorang sahabat yang sentiasa berzikir..Subhannallah setiap hari berulang alik dari sg petani ke a.setar, dia dapat peluang berzikir sambil memandu setiap hari beribu dapat...bayangkan setiap hari selama setahun..dua tahun..tiga tahun...(emmm mulai tahun ni sidia comel molek ni dah dapat tukar dah..)

Ehh...ehh..nak cerita pasal hal lain sebenarnya. Ya la, bila tengok tasbih digital ni, terus terimbau biji tasbih yang klasik ....ada kisah pulak tu--

dulu2 tunggu orang balik mekah,baru nak dapat..kan.

Al kisahnya, suatu hari 10 tahun yang lalu ada seorang rakan sekerja baru balik dari mengerjakan umrah. Dia bagi tasbih ni seorang satu. bawa balik letak di atas kabinet TV di ruang tamu. masa tu masih tinggal kat rumah lama..(syahdu sebut rumah ni....sayang..sayang rumah kenangan..dalam kenangan..) encik suami ada kelas masa tu. Mengajar budak-budak tuisyen. Anak sulong baru berumur lebih kurang lapan bulan kut..kiranya dah pandai duduk dan merangkak. 

Balik ja kerja tengahari tu, orang syarikat perabut telefon nak hantar kabinet dapur. Kelam kabut la nak mengemas dapur.Teruja pun iya jugak. maklumlah nak dapat benda baru, eksited bukan main. Selama ni bukan pernah beli perabot sangat..ya lah rumah sewa kan..agak-agak yang perlu sajalah. 

Bila kabinet dapur tu sampai dan siap dah letak kat tempatnya, terus  semangat nak mengemas dapur.dan-dan rasa nak simpan semua barang dalam kabinet. kalau boleh nak kemas seelok mungkin, nak surprise untuk suami petang nanti. 

Makanya, dalam proses mengemas tu tak bagi anak kacau mama buat kerja, bagi lah apa benda yang dia nak main. dah dia pulun berminat nak tasbih tu, bagi ja lah. terus dia diam dok belek-belek biji-biji tu. sambil-sambil mata sekejap-sekejap kalih ke arahnya, sambil tangan buat kerja mengemas, menyimpan segala. entah mcm mana terleka, terdengar dia batuk terkekek..macam nak muntah. Terus berlari ke arah dia, hati memang tak sedap sejak tadi. rasa nak pengsan tengok tasbih bertebaran atas lantai. nampak dia seakan macam tertelan sesuatu. cepat2 korek kat mulut dia sampai muntah. Keluar sebiji. tengok mata dia macam dah putih ..tepuk belakang dia..panik kan...rasa salah tepuk kut.. 

sepatutnya tepuk macam ni...(copy org punya blog-minta izin ya)

Terus cempung dia, capai tudung keluar rumah, panggil jiran...Aida!Aida! jum pi hospital. Saya panik, aida lagi panik. tak banyak soal terus kami bergerak ke hospital. nasib baik dekat. dalam hati terus berdoa agar anakku tak ada apa-apa. 

Bila sampai ke bilik kecemasan, dapat masuk terus..huh nasib baik. bila duduk depan doktor anak saya nampak ceria. siap terkekeh ketawa bila doktor mengacahnya. Alhamdulillah kata doktor, biji bulat yang kecil tak berapa berbahaya ,mudah keluar jika di tepuk di belakang, atau korek sampai muntah. tak pun mudah ditelan. nanti keluar ikut najis. berbahaya kiranya objek itu pipih macam duit syiling, takut melintang di kerongkong akan menyekat pernafasan. Hati-hati ya ibu...pesan doktor tu.

Dalam perjalanan balik rumah, baru perasan hanya pakai baju kurung dengan kain dalam. Hihihi...gelak sakan  kami dengan Aida.biasala tabiat nak buat kerja masa balik dari kerja, londeh kain tinggal kain dalam saja. selesa kan. nasib baik kain dalam tu labuh....apapun tak kisah lah, asalkan anak selamat.

Masa dalam kereta tu hati dok berdebar dup dap dup dap takut encik suami dah sampai rumah. Takut kena marah sebab lalai jaga anak.

ya betul.!..kena teguran je...ala-ala marah juga la...teguran yang berulang-ulang -ulang-ulang setiap masa dan ketika sampai anak ke 4 sekarang..en suami ku dah lupa dah..tapi saya masih lagi ingat..ingat sampai bila-bila. sentiasa menjauhkan anak-anak dengan objek-objek yang kecil dan tajam.

dah besar dah...rajin-rajin berzikir ya anakku..

pesanan buat diri :kadang-kadang kita rasa lupa kelalaian seminit mengundang bahaya kepada anak kita.