1 Muharram baru-baru ni,buka face book terus mata terpaku melihat pic seorang rakan sekolah yang bertudung.bila baca status dia, dengan bersungguh-sungguh mengumumkan penghijrahan dirinya . terus like dan komen. rasa bersyukur kerana selama ini memang terasa kerdil diri ini di sisi Allah swt kerana begitu lama menjadi kawannya saya tidak mampu untuk menegurnya.
walaupun sejak hubungan kembali terjalin setelah masing-masing berpisah selepas tamat persekolahan, kami hanya berhubungan di alam maya, namun hati kecil ini tetap rasa tidak selesa. ingin menegur secara langsung namun memikirkan perasaannya,maruahnya ,pelbagai sangkaan lagi.pendek kata untuk berdakwah ni amboi-amboi banyak sungguh takut-takunya, melompat-lompat iblis gembira tentu siap menyanyi riang lalalala.. lagi melihat kegagalan manusia dalam menyebarkan dakwah kepada orang lain. perkara kecik sangat tu. hanya tudung. tak masuk hal ehwal hukum hakam lain yang seluas lautan nun...
sungguh, bila lihat sahaja status dia , terasa lega diri ini. moga dia terus kuat untuk melaksanakan perintah Allah swt dengan hati yang ikhlas. memang lah , ikhlas tidak boleh diukur dengan perkataan mahupun gambaran sahaja, namun imej dan tingkah laku yang baik, menurut syariat itu tidak harus dipersoalkan keikhlasan dirinya. ukuran baik seseorang di sisi Allah swt memang kita tidak tahu. Allah swt sahaja yang menilainya. namun, menzahirkan tingkah laku,perbuatan, fizikal, penampilan , sekurang-kurangnya mendapat bahagiannya dalam rahmat Allah...apatah lagi bertudung adalah wajib bagi seorang wanita. tanpa prejudis...
begitu juga halnya dengan artis-artis kita yang kian ramai menunaikan kewajipan bertudung dalam pelbagai gaya dan fesyen. ada yang terus berubah meninggalkan dunia lara hiburan. ada yang masih lagi berada dalam kerjaya tersebut. benar, fenomena ini merupakan hidayah untuk semua khususnya masyarakat hiburan. sekurang-kurangnya ada gambaran, cerita, dan perbualan tentang hijrah dan hukum hakam dalam kalangan mereka.
Allah
Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim
menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada
isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar
melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka
keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa
lalu)."
antara artis yang sudah bertudung
Catriona Ross - lagi cantik selepas bertudung |
Antara artis senior yang berhijrah -Aishah |
berhijrah dan berpolitik..mcm2 orang kutuk... moga terus kuat.. |
farah af2 - mula -mula sebab jadi hos rancangan halal astro tu...terus kekal |
anna rafali |
diana amir-bertunang dgn orang baik2 moga makin kuat tarbiahnya |
No comments:
Post a Comment