Awal-awal pagi buka Berita Harian online dulu. walaupun dah tak berapa nak minat baca surat khabar arus perdana sejak akhir2 ini..(ya lah...berita ntah apa-apa, asyik politik,politik..kalau betul tak apa jugak..kadang-kadang persepsi ja...utusan lagi bangang kutt..maklumat kat bloq pun jadi tajuk utama..haiiya...senang keja wartawan hari ni, cilok dari bloq, ulas, tambah perisa sikit..tak mau lah baca) tapi kan...sebenarnya dalam tak mau baca pun, kena juga ambik tahu hal-ehwal semasa terutamanya bab ekonomi dan lain2 masih banyak yang bermanfaat. misalnya berita hari ni..wahhh..teruja dengan Samsung..(mentang-mentang pakai telefon samsung yang murah ja pun..)
Samsung catat untung tertinggi dalam sejarah
Bagaimanapun penganalisis berkata peningkatan bagi perbelanjaan pemasaran akan mengurangkan keuntungan syarikat bagi tempoh Oktober-Disember dan mengekalkan marjin keuntungan bagi peranti mudah alih akan menjadi lebih sukar. Samsung menjangkakan pendapatan operasinya bagi tempoh Julai-September meningkat dua kali ganda kepada 8.1 trilion won (AS$7.3 bilion) daripada 4.25 trilion won yang dicatatkan tahun sebelumnya. Keputusan kewangan itu, yang 21 peratus lebih tinggi daripada keuntungan tertinggi dicatatkan Samsung pada April-Jun, adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran 7.6 trilion won, menurut tinjauan pendapat daripada 26 penganalisis oleh FnGuide Inc, penyedia maklumat kewangan. Pengeluar terbesar telefon mudah alih, cip memori dan TV dunia itu menjangkakan pendapatan sukuan meningkat 26 peratus kepada 52 trilion won, berbanding tahun sebelumnya. Saham
Samsung didagangkan 0.4 peratus lebih rendah di Seoul. Samsung akan mengumumkan keputusan kewangannya termasuk pendapatan bersih dan pecahan bagi setiap bahagian pada akhir bulan ini. Penganalisis percaya perniagaan komunikasi mudah alih Samsung yang menjual telefon mudah alih, pemain media dan komputer tablet meraih hampir 70 peratus daripada keuntungan operasi syarikat pada suku sebelum ini. Pertumbuhan itu didorong oleh permintaan tinggi bagi telefon pintar Samsung yang menggunakan platform Android, sekali gus menampung kelemahan permintaan cip memori selain marjin lebih kecil bagi jualan televisyen. Samsung mendahului Apple dan Nokia dalam jualan telefon pintar buat kali pertama pada 2011, menurut penganalisis strategi. - AP
Saya ingat lagi, kira-kira enam tahun lalu, saya dan encik suami beli video camera, yang murah masa tu jenama Samsung...lebih kurang RM 1200 ...murahla banding yang lain. tapi dah beriya nak pakai konon nak rakam karenah anak-anak membesar. tak rugi juga beli, sempat juga suami dapat projek rakam majlis orang.kira berbaloi jugak. kadang-kadang teringat kamera tersebut, walaupun gambar rakamannya tidaklah terlalu cantik. tinggal kenangan kini..dah rosak akibat dipinjam kawan suami. dah memang nak rosak kut. nak perbaiki, mahal pulak. lagipun, la ni murah aje camera video dan pelbagai jenis yang lebih moden. kamera handfon pun boleh rakam video.
sekejap aja,Samsung sudah bina nama sebagai pengeluar telefon bimbit yang paling dikehendaki atau bahasa mudah paling laku. respek la company korea, dah potong Apple dan Nokia tu. cuma nak beli kereta korea ja fikir dua tiga ratus kali.bukan tak cantik,tak...cantiksangat kereta Hyundai, Kia, dll.tapi kan, cepat jatuh nilai pada pasaran negara kita. tu yang kena fikir banyak tu.dah la mahal harga kereta kat malaysia.
rasa nak tukar pakai hp samsung yang lebih canggih la...wahh...wahh...nak menambahkan lagi untung Samsung hahaha..tiba-tiba obses korea.mula lah terjengol wajah-wajah hero korea dalam minda.macam remaja la pulak.adeh!
No comments:
Post a Comment