seorang kakak mengadu keluh resahnya apabila suaminya yang selama ini sangat baik hati, malah rajin, super duper rajinlah, menegurnya yang terlalu menumpukan pada kerja sehinggakan selalu pulang lewat.benar, dia seorang yang lurus, amanah dan komited tentang kerjanya.dia bersungguh-sungguh setiap masa kerana katanya dia lambat untuk menyiapkan sesuatu kerja, tidak secerdik orang lain terutama yang berkaitan hal-hal IT dan penyediaan kertas kerja. dia resah bimbang segala...tentang apa yang perlu dilakukan. maka jawab seorang kakak lagi, pesannya:
bekerja setakat tugas dan waktu kerja kita sahaja
lebihkan masa untuk keluarga
curi masa untuk diri sendiri
selalu bergaul dengan rakan-rakan dan menikmati gurau senda untuk mengurangkan tekanan
saya tambah : sebab tu lah kami selalu melepak kat sofa tamu ni selepas waktu kerja. ambil masa borak-borak dengan kawan-kawan, makan-makan, gelak-gelak, lepas tu baru balik rumah. kerana bila sampai rumah, 1001 tugas rumah tangga menunggu kita. memang tak sempat berehat.bila kita ceria di tempat kerja, di rumah jugak kita akan lebih tenang dan bahagia untuk insan-insan tersayang kita.
macam hari ini
macam-macam cerita lucu keluar..
hahahahhaha...gelak sampai balik rumah...
cerita 1 :
bercerita tentang rombongan kawan-kawan lelaki ke shongkla dan hatyai baru-baru ni.memanglah lelaki, tak adanya nak beli barang-barang mcm perempuan. kami pergi hatyai tahun lepas, borong sakan barang-barang penuh bas.ingat semua, untuk suami, anak-anak, kawan-kawan, segala.tut-tut depa pi baru-baru ni..
seorang tu beli lesung batu..
seorang tu beli itik
seorang lagi beli arnab
seorang lagi beli landak..hahaha..
pakat gelak kami bercerita tentang kaum lelaki ni.punya banyak barang yang ada kat hatyai nun...bianatang2 je yang dibeli. sampaikan pak cik driver bas tu cakap selama ni dok bawa rombongan pergi hatyai, ni lah kali pertama jumpa dgn kes macam ni..haiih.
cerita 2 :
seorang kawan bercerita, ada seorang rakan sekerja suaminya. perempuan. yang kulitnya agak gelap. suatu hari dia pakai baju warna merah menyala..terang ang-ang...mulalah kawan-kawan mengusik.ada yang menegur...tak sesuailah..macam-macam.kemudian dia jawab "dah teringin nak pakai warna merah..pakai ja lah, kalau tunggu kulit kak jadi putih , tak putih dah..." sungguh aih...sokong kata kakak tu.pakat gelak lagi.
cerita 3:
banyak cerita yang tidak tahu untuk susun ayatnya. dan tak sesuai dipapar.pendek kata semua cerita lucu.pasal anak, pasal cerita lama..bla..bla..bla..balik
lepas tu ingat teka-teki seorang kawan
apakah binatang yang berak, kencing, segala semuanya dalam mata
jawapannya:
binatang yg masuk dalam mata kita..hahaha...benci...tapi gelak gak...
siap balik rumah teka kat suami...
dia pun masa tu gelak sakan ,marah manja kat saya pasai perkena dia.
hahahaha...
he he he mmg tergelak sorang2 baca ni
ReplyDeleteanak menakan chu pi jugak..dia la tu yg beli lesung batu besar utk bini dia ni..hihihe..nak suruh buat somtam kerap sikit kut..
ReplyDelete