1 Nov 2012

MUHASABAH DIRI 2 : IBU YG SOLEHAH

" Sungguh telah ada bagimu dalam diri Rasulullah itu suri teladan yang baik" (Al-Ahzab :21)

Islam itu agama keluarga. Segala tugas dan kewajipan seorang mukmin terhadap keluarga dan rumahtangganya telah ditetapkan. Keluarga Islam adalah asas kepada pembentukkan jemaah islam yang lebih kuat. Ia ibarat satu sel yang saling berkait dengan jaringan sel-sel yang lainnya.

Dalam hal ini, dalam memastikan keberkesanan pembentukkan jemaah islam yang lebih mantap,terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Ianya bermula daripada keberkesanan pendidikan anak-anak yang dilahirkan.Keberkesanan pendidikan anak-anak pula harus diasaskan oleh IBU YANG SOLEHAH.

Hal ini kerana ibu merupakan tunjang utama dlm tugas mendidik anak-anak. Dengan keberkesanan fungsi ibu sebagai pendidik yang berjaya dalam rumahtangga, maka benteng akidah dalam keluarga akan lebih kuat dan kukuh, aman serta harmoni.

Ibu yang solehah juga bukan sahaja mampu menjadi pendidik kpd anak-anak, namun berfungsi sebagai penenang jiwa dalam keluarga

Ibu/isteri yg solehah juga bukan sahaja mampu menjaga dirinya dengan baik,malahan mampu menjaga harta suaminya serta anak-anaknya.

  • anak2 bukan sahaja disuap dengan makanan namun juga dgn keimanan
  • anak2 tidak sahaja diberi susu tetapi diberi juga kemuliaan
  • anak2 didodoikan dgn alunan zikir dan salawat
  • taqwa dijadikan hiasan anak2
Malah, ibu yang solehah dapat  meletakkan cinta kepada Allah SWT sebagai  perkara yang paling penting dalam hati, seterusnya dapat membentuk jiwa anak-anak selagi hayat dikandung badan.

Kekuatan wanita/ibu yang solehah dapat membantu menyokong tugas ayah/bapa dalam membina institusi keluarga yang utuh.

Akhir sekali wanita yang solehah merupakan harta simpanan yang paling bernilai bagi seorang lelaki di dunia mahupun di akhirat.

Dicatat dan diolah semula daripada buku: "Cara nabi mendidik anak" tulisan Ir Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid" -kat labrary sekolahku..


p/s:semoga Allah SWT beri kekuatan kepada kita untuk menjadi ibu yang solehah kepada putera-puteri kita. 





No comments:

Post a Comment