4 Nov 2012

nilai kejayaan dalam hidup

esok peperiksaan spm. inilah yang bakal menentukan hala tuju perjalanan insan-insan kamil di muka bumi Allah swt ini. peperiksaan ini juga yang bakal membawa haluan anak-anak ke arah mana bidang yang ingin diceburi seterusnya mengapai kerjaya dalam pelbagai disiplin kehidupan dan sosial.

aku pernah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. aku juga pernah hampir gagal dalam peperiksaan. aku pernah mendapat tempat petama dalam kelas.  aku juga pernah mendapat tempat ke 23 ketika darjah 4. aku hampir kecewa ketika di universiti lantaran gagal untuk mencapai yang terbaik. namun aku di akhirnya , aku merasai juga mendapat keputusan yang membanggakan pada akhir-akhir semester. aku pernah gagal dlam ujian kemasukan KPLI namun akhirnya aku dapat juga menjadi guru dan mendapat diploma pendidikan dengan keputusan yang sangat cemerlang. 

aku pernah kecundang dalam kerjaya lantaran berlaku pelbagai krisis dan salah faham yang akhirnya hampir memusnahkan masa depan sendiri. namun, takdir aku masih dalam lindungan Nya. Aku jatuh terjelepuk, namun aku berjaya bangun walaupun langkahku akan terkebelakang berbanding yang lain. Aku percaya, rezeki, Allah swt yang berkuasa memberi atau menariknya kembali dan rezeki bukan terletak di tangan manusia.

kini, aku tidak lagi melihat kejayaan dalam kehidupan hanya didasarkan kepada pencapaian dalam bidang akademik sahaja. tidak juga sesuatu kejayaan diri itu hanya diukur dari pangkat dan harta yang melimpah ruah. bagi aku, setiap manusia berjaya dalam potensi dan cara hidup diri masing-masing. rezeki Allah bagi berbeza-beza anntara satu dengan yang lain..

seorang kawan zaman persekolahanku yang agak kebelakang berbanding aku, kini sudah berada jauh dipuncak kerjaya yang mantap serta berilmu. ada juga kawanku yang tidak sempat menyambungkan pelajaran ke peringkat tinggi kerana berkahwin awal. kini , sudah maju membantu suami dan mendapat status yang baik dari masyarakat.ramai juga kawanku yang berkerja sendiri, sebagai usahawan berjaya. ramai juga yang menjadi suri rumah yang berjaya dengan mendapat ramai anak dan mampu menguruskan keluarga dengan jayanya. 

pendek kata, kejayaan dalam kehidupan, tidak harus dipandang dari satu sudut sahaja. ianya sangat luas untuk ditafsirkan. moga kehidupan kita semua dirahmati Allah SWT. yang aku harapkan kini, adalah kejayaan dalam mengumpul harta akhirat. ameen.

1 comment:

  1. nilaian kejayaan adalah subjektif...dan nilaian kejayaan yg hakiki adalah bila kita di sana

    ReplyDelete