5 Dec 2012

Kerabu pelam

Assalamualaikum ..


tengahari tadi teringin nak makan kerabu mempelam.kebetulan ada mempelam sala yang dibawa adik ipar kelmarin. tapi buah dah tak fresh lagi..dah dua hari kan...tapi tak apa lah, asal boleh makan walaupun macam dah lembut..

resepi biasalah simple2 ala ibu-ibu ada anak kecik..

bahan dan cara-cara

sebiji mempelam  muda
(mula-mula parut macam ni)

guna pemarut yang sesuai
2) sediakan bahan-bahan ni

bawang-belacan-cili padi

3) larutkan belacan dengan sikit ja air,gaul dengan bawang dan cili
4) masukkan dalam parutan mempelam, gaul mesra
5) tambah garam dan sedikit gula secukup rasa

SIAP. senang kan. beberapa minit ja. adjust tau ikut tekak masing-masing, kalau tak suka masam, basuhkan dan ramas parutan mempelam dengan air dan tos kan airnya. kalau nak lebih rasa pedas, tambah cili.kalau nak rasa ikan bilis macam somtam thai, goreng ikan bilis garing-garing dan tumbuk lumat. gaulkan dgn kerabu (tak yah letak belacan kalau guna bilis)..tapi cara di atas yang paling cepat la. makan bersama nasi panas-panas, ikan goreng, ulam-ulaman...nyumm...menu sihat untuk hari ini.tiada alasan kan tak mahu masak untuk keluarga.smile)-


2 comments:

  1. teringin nak buat pula bila tengok ni....

    ReplyDelete
  2. wahh...terima kasih kak jie melawat belog saya..terharu pulak.bloger fames kann...saya ni curi2 masa je.jum buat kerabu org2 tua mcm ni..

    ReplyDelete