5 Oct 2012

Muhasabah diri 1: Syukur

Assaamualaikum wbth
Ohhhh...rupa-rupanya dia mengajar di sekolah tempat anak saya belajar.
Sekejap saja rupanya masa berlalu. Walaupun saya tak sempat mengajar dia, tapi saya mengenalinya melalui rakan-rakan. Malah dia pernah datang ke sekolah saya melawat guru-gurunya. Ketika itu dia sudah di universiti rasanya. 

Apa yang menarik, dia dan adik beradiknya kehilangan ibu dan ayah dalam masa yang dekat. Selang beberapa bulan . Menurut kawan-kawan saya, ketika itu mereka masih bersekolah.Mereka senang, dilimpahi kasih sayang ibu ayah yang bekerja sebagai guru.Dalam sekelip mata mereka hilang semua. Terpaksa balik kampung,tinggal dengan datuk dan nenek. Menghadapi kehidupan yang jauh daripada kehidupan mereka sebelum ini.pelajaran juga kian merosot.

Namun masa mematangkan dia. Kini dia nampak ceria. Malah sudahpun mendirikan rumah tangga ketika usia muda.Awan yang berarak sudah menghilangkan segala memori pilu yang pernah hadir dalam kehidupan mereka.



Saya sering terbayang-bayang wajah anak-anak saya. Seperti anak comel di atas, anak-anak kita hari ini hidup dalam lingkungan kesenangan yang amat sangat. Kecik-kecik dah pandai minta i-pad,malah sudah cekap meneroka alam internet.Pergi sekolah dihantar ibu atau ayah, berkereta lagi sehingga ke depan pintu pagar sekolah. Bukan itu sahaja, si ayah atau ibu siap membantu menghantar beg anak ke kelas. 

Kadang-kadang geram. sampai macam tu sekali kita melayan mereka , masih lagi dengan pelbagai karenah itu-ini yang memang mengugat rasa marah. Kadang-kadang diri terfikir bagaimanakah kehidupan anak-anak jika tiba-tiba kedua-dua kami dijemput Illahi pada usia muda. Walaupun kita berdoa kepada Allah SWT agar memanjangkan usia kita agar dapat membimbing anak-anak, menjadi insan berguna kepada agama, namun kuasa Allah siapa dapat menduga,

Bagaimanakah mereka? Dengan siapakah mereka hendak duduk.Mampukah orang melayani karenah mereka. Sudah biasa mempunyai pelbagai keinginan yang biasanya dipenuhi. Setiap kali raya, baju baru yang berjenama. Segala kelengkapan sekolah yang sempurna. Segalanya baru setiap tahun. Hujung minggu jalan-jalan bersama. Hujung tahun lagi jauh perjalanan. Kelas tambahan, kelas al quran semua berbayar.Itu belum kira lagi pelbagai rencam kehidupan masyarakat kini yang serba mudah, moden dan berteknologi. anak-anak kita sudah biasa dengan semua itu. Bagaimana jika kita tiada?

Tak terjangkau oleh fikiran sebenarnya apa yang akan terjadi pada masa depan anak-anak. Seboleh-bolehnya cuba juga sedaya upaya mengajar anak-anak erti kesusahan. Kadang-kadang saya sering juga memperingatkan anak-anak akan hal tersebut. Suruh mereka berdikari. Jangan terlalu mengharapkan mama dan abah sahaja. Kena sentiasa bersyukur.


semoga keluarga kita dijauhkan dari segala ujian yang di luar kemampuan kita.
Insya Allah . Ameen.







1 comment:

  1. selalu baca doa dihujung surah al baqorah...."Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah 2:286)...Allah tu maha mengetahui

    ReplyDelete