7 Feb 2013

first time buang resdung....

Assalamualaikum...

hehe...lama sungguh tak update blog...macam biasa, bila buka sekolah,tambah masa tu umpama emas.buka laptop hanya untuk melaksanakan tuntutan kerja aja. tahun ni pulak kena ngajar tingkatan 2, sudah pasti kena buat PBS..pening jugak kepala nak sesuaikan diri dgn sistem baru ni.rasa kesian jugak tengok anak2 murid yang tak ada periksa ni..nampak macam tak pulun nak kumpul ilmu pun...rilex ja.

dalam sibuk-sibuk pun, sempat jugak la pergi buang resdung. dah lama dah dok teringin nak buang..mana tau muka licin tapi resdung aktif..lagipun selalu ja migrain.mungkin faktor resdung.baru-baru ni makan daging kambing, tiba-tiba ja rasa sakit sekitar mata dan hidung. rasa macam nak selsema. mula la menguatkan semangat nak buang resdung.

terus ajak kawan pergi ke pusat rawatan resdung as-syifa simpang kuala, alor setar.http://resdung-assyifa.blogspot.com/..sebab selalu dengar kat radio kedah FM kan..lagipun ada member pernah cuba dan dia kata berkesan sangat. memang betul pun, saya pun perasan yang kawan saya ni sudah tidak bersin lagi tahun ni. kalau tidak, asyik asyhemmm..asyeimm..ja. 

berdebar jugak nak buang resdung. tak pernah cuba kan. lagipun saya ni tak berapa suka bau asap ubat rsedung tu. tapi demi kesihatan diri, saya tekad. kena buat jugak. dok perasan muka kat luar macam licin gebu, kat dalam nun mcm anai-anai dah dok robek liang-liang isi muka saya..huhh..seram 

akhirnya, berjaya juga saya laluinya. mak aii..banyaknya hama resdung kat muka. geli tengok. dalam hati, betul ka itu hama resdung. atau efek dari pencairan / wap batang ubat resdung yg dibakar itu..hishh..memang dari dulu lagi jenis curiga bab-bab rawatan resdung ni..tak apa laah, kali ni saya cuba menyakini diri memandangkan proses rawatan sangat islamik dan sepanjang rawatan tak berhenti adik yang buat rawatan itu membaca doa syifa.kali ini saya yakin, bukan dengan ubat itu (sampingan ja) tapi lebih kepada ayat syifa' yang sangat berkesan.

pagi ini, bila bangun terus rasa ringan kepala. bila pergi bilik air, tengok kahak yang biasanya sangat banyak dan berketul serta berwarna coklat sudah tiada ada. ada jugak kahak, tapi warna biasa dan sikit saja. balik kerja hari ni terus singgah sekali lagi. esok pun nak buat juga.nak bagi cukup 3 kali.baru lebih berkesan. yang lucunya, ramai pulak yang terpengaruh dengan cerita benar kami. hari ni seramai 4 orang rakan turut pergi untuk mencuba.haishh..pandai juga saya buat promosi.boleh berniaga ni...heheh

Insya Allah, segala kita berserah kepadaNya. yang penting kita berusaha. sekian lama menderita sakit migrain, saya harap selepas ni saya dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubat moden yang mengandungi kesan tidak baik untuk kesihatan jangka panjang. usaha tangga kejayaan..kan.

3 comments:

  1. Saya tk berapa suka asap yg melekat pada baju, rambut dn seluruh anggota badan... kalau ada yg tk guna asap kan bagus..

    ReplyDelete
  2. Saya buat td rawatan resdung as syifa herbs. Dia tk gunakan asap. Dia akan keluar cecair melalui mata, hidung & mulut.

    ReplyDelete
  3. Betul ke ade pantang larang selepas buat rawatan ini?

    ReplyDelete