14 Feb 2013

minggu merasai apakah erti tidak sihat...


Anak-anak demam itu biasa. bersilih ganti. kadang-kadang sebulan sekali.biasalah ,demam itu petanda anak kita sedang membesar dan proses menguatkan sistem imunnya.

kadang-kadang suami demam. kena jaga lebih dari anak demam. merengeknya adehh, kena tahan sabar jugak. biasalah bagi lelaki, mereka jarang berhadapan dengan rasa sakit yang sangat sakit. paling sakit pun mungkin semasa mereka berkhatan. jadi jika sakit atau demam yang agak teruk tu, mereka sudah merasakan sakit yang keterlaluan. pernah sekali saya tergelak sakan bila suami saya yang sedang demam urat mengerang aduh..aduh...sampai kena marah pulak.tentulah kan suami sakit,kita dok terbahak-bahak gelak. 

saya jarang demam? tak jugak. mungkin apada pandangan anak dan suami saya jarang demam. tetapi sebenarnya saya juga sering berhadapan dengan rasa tidak sihat ini. orang perempuan kan, kadang-kadang tersilap makan makanan yang sejuk akan menyebabkan badan rasa seram sejuk. tapi,telan ubat tahan sakit dan teruskan buat kerja rumah, akhirnya rasa tidak sihat itu berlalu tanpa siapa pun sedari.

tapi kali ini, saya dapat pakej yang lengkap. sakit tekak, batuk teruk, demam waktu malam, lenguh sana-lenguh sini sehingga saya terpaksa ambil mc. macam mana nak mengajar kalau suara dah tak mau keluar. jika digagahi juga bercakap kuat, tekak seperti disiat-siat pisau yang tajam. batuk pulak berterusan, tak behenti.kadang-kadang sampai terkencing. itu yang parah kalau saya pergi kerja. akhirnya saya berehat di rumah. walaupun istilahnya berehat, habis juga satu rumah dimop dalam tempoh 2 hari mc.hehe

tapi, merasai tidak sihat ini menimbulkan keinsafan dalam diri. bahawa sesungguhnya diri kita ini hak milik mutlak PenciptaNya. Dia yang membei kita segalanya. Dia yang berhak untuk mengambil kita kembali kepadaNya. Sungguh, bila tiba rasa yang teramat tak larat itu, saya sayu memandang mata anak-anak.lebih-lebih lagi yang kecik berusia 10 bulan itu.jika saya pergi, dapatkan dia mengingati saya, wajah saya dan kasih sayang saya dalam memorinya. sudah tentu tidak.usia sekecil itu hanya akan menangis rindukan ibunya untuk menyusu. bila membayangkan ini semua, cepat-cepat saya pangku dan peluk anak kecil saya ini dan menyusukannya. Dalam hati berdoa, moga Allah SWT tidak menimpakan ujian perpisahan terlalu awal dalam keluarga saya. 

Semoga Allah SWT merahmati keluarga kami, memberikan nikmat kesihatan yang melimpah, menguatkan kasih sayang kami dan memanjangkan usia saya dan suami agar dapat mendidik anak-anak menjadi anak yang cintakan agama dan berjaya dunia dan akhirat. Kita hanya merancang, di takdir Ilahi juga yang menentukan segalanya.Qada dan Qadar.

sayang mama nubla 


No comments:

Post a Comment