5 Oct 2012

Muhasabah diri 1: Syukur

Assaamualaikum wbth
Ohhhh...rupa-rupanya dia mengajar di sekolah tempat anak saya belajar.
Sekejap saja rupanya masa berlalu. Walaupun saya tak sempat mengajar dia, tapi saya mengenalinya melalui rakan-rakan. Malah dia pernah datang ke sekolah saya melawat guru-gurunya. Ketika itu dia sudah di universiti rasanya. 

Apa yang menarik, dia dan adik beradiknya kehilangan ibu dan ayah dalam masa yang dekat. Selang beberapa bulan . Menurut kawan-kawan saya, ketika itu mereka masih bersekolah.Mereka senang, dilimpahi kasih sayang ibu ayah yang bekerja sebagai guru.Dalam sekelip mata mereka hilang semua. Terpaksa balik kampung,tinggal dengan datuk dan nenek. Menghadapi kehidupan yang jauh daripada kehidupan mereka sebelum ini.pelajaran juga kian merosot.

Namun masa mematangkan dia. Kini dia nampak ceria. Malah sudahpun mendirikan rumah tangga ketika usia muda.Awan yang berarak sudah menghilangkan segala memori pilu yang pernah hadir dalam kehidupan mereka.



Saya sering terbayang-bayang wajah anak-anak saya. Seperti anak comel di atas, anak-anak kita hari ini hidup dalam lingkungan kesenangan yang amat sangat. Kecik-kecik dah pandai minta i-pad,malah sudah cekap meneroka alam internet.Pergi sekolah dihantar ibu atau ayah, berkereta lagi sehingga ke depan pintu pagar sekolah. Bukan itu sahaja, si ayah atau ibu siap membantu menghantar beg anak ke kelas. 

Kadang-kadang geram. sampai macam tu sekali kita melayan mereka , masih lagi dengan pelbagai karenah itu-ini yang memang mengugat rasa marah. Kadang-kadang diri terfikir bagaimanakah kehidupan anak-anak jika tiba-tiba kedua-dua kami dijemput Illahi pada usia muda. Walaupun kita berdoa kepada Allah SWT agar memanjangkan usia kita agar dapat membimbing anak-anak, menjadi insan berguna kepada agama, namun kuasa Allah siapa dapat menduga,

Bagaimanakah mereka? Dengan siapakah mereka hendak duduk.Mampukah orang melayani karenah mereka. Sudah biasa mempunyai pelbagai keinginan yang biasanya dipenuhi. Setiap kali raya, baju baru yang berjenama. Segala kelengkapan sekolah yang sempurna. Segalanya baru setiap tahun. Hujung minggu jalan-jalan bersama. Hujung tahun lagi jauh perjalanan. Kelas tambahan, kelas al quran semua berbayar.Itu belum kira lagi pelbagai rencam kehidupan masyarakat kini yang serba mudah, moden dan berteknologi. anak-anak kita sudah biasa dengan semua itu. Bagaimana jika kita tiada?

Tak terjangkau oleh fikiran sebenarnya apa yang akan terjadi pada masa depan anak-anak. Seboleh-bolehnya cuba juga sedaya upaya mengajar anak-anak erti kesusahan. Kadang-kadang saya sering juga memperingatkan anak-anak akan hal tersebut. Suruh mereka berdikari. Jangan terlalu mengharapkan mama dan abah sahaja. Kena sentiasa bersyukur.


semoga keluarga kita dijauhkan dari segala ujian yang di luar kemampuan kita.
Insya Allah . Ameen.







1 Oct 2012

Tercekik...???

Tadi kat tempat kerja ada seorang kawan bawa tasbih digital. bagi tengok contoh. pakai kat jari ja, macam cincin, ada butang tekan. boleh berzikir setiap masa. senang kan...tak ada alasan sebenarnya tak sempat berzikir. sambil sembang-sembang, tersebutlah kisah seorang sahabat yang sentiasa berzikir..Subhannallah setiap hari berulang alik dari sg petani ke a.setar, dia dapat peluang berzikir sambil memandu setiap hari beribu dapat...bayangkan setiap hari selama setahun..dua tahun..tiga tahun...(emmm mulai tahun ni sidia comel molek ni dah dapat tukar dah..)

Ehh...ehh..nak cerita pasal hal lain sebenarnya. Ya la, bila tengok tasbih digital ni, terus terimbau biji tasbih yang klasik ....ada kisah pulak tu--

dulu2 tunggu orang balik mekah,baru nak dapat..kan.

Al kisahnya, suatu hari 10 tahun yang lalu ada seorang rakan sekerja baru balik dari mengerjakan umrah. Dia bagi tasbih ni seorang satu. bawa balik letak di atas kabinet TV di ruang tamu. masa tu masih tinggal kat rumah lama..(syahdu sebut rumah ni....sayang..sayang rumah kenangan..dalam kenangan..) encik suami ada kelas masa tu. Mengajar budak-budak tuisyen. Anak sulong baru berumur lebih kurang lapan bulan kut..kiranya dah pandai duduk dan merangkak. 

Balik ja kerja tengahari tu, orang syarikat perabut telefon nak hantar kabinet dapur. Kelam kabut la nak mengemas dapur.Teruja pun iya jugak. maklumlah nak dapat benda baru, eksited bukan main. Selama ni bukan pernah beli perabot sangat..ya lah rumah sewa kan..agak-agak yang perlu sajalah. 

Bila kabinet dapur tu sampai dan siap dah letak kat tempatnya, terus  semangat nak mengemas dapur.dan-dan rasa nak simpan semua barang dalam kabinet. kalau boleh nak kemas seelok mungkin, nak surprise untuk suami petang nanti. 

Makanya, dalam proses mengemas tu tak bagi anak kacau mama buat kerja, bagi lah apa benda yang dia nak main. dah dia pulun berminat nak tasbih tu, bagi ja lah. terus dia diam dok belek-belek biji-biji tu. sambil-sambil mata sekejap-sekejap kalih ke arahnya, sambil tangan buat kerja mengemas, menyimpan segala. entah mcm mana terleka, terdengar dia batuk terkekek..macam nak muntah. Terus berlari ke arah dia, hati memang tak sedap sejak tadi. rasa nak pengsan tengok tasbih bertebaran atas lantai. nampak dia seakan macam tertelan sesuatu. cepat2 korek kat mulut dia sampai muntah. Keluar sebiji. tengok mata dia macam dah putih ..tepuk belakang dia..panik kan...rasa salah tepuk kut.. 

sepatutnya tepuk macam ni...(copy org punya blog-minta izin ya)

Terus cempung dia, capai tudung keluar rumah, panggil jiran...Aida!Aida! jum pi hospital. Saya panik, aida lagi panik. tak banyak soal terus kami bergerak ke hospital. nasib baik dekat. dalam hati terus berdoa agar anakku tak ada apa-apa. 

Bila sampai ke bilik kecemasan, dapat masuk terus..huh nasib baik. bila duduk depan doktor anak saya nampak ceria. siap terkekeh ketawa bila doktor mengacahnya. Alhamdulillah kata doktor, biji bulat yang kecil tak berapa berbahaya ,mudah keluar jika di tepuk di belakang, atau korek sampai muntah. tak pun mudah ditelan. nanti keluar ikut najis. berbahaya kiranya objek itu pipih macam duit syiling, takut melintang di kerongkong akan menyekat pernafasan. Hati-hati ya ibu...pesan doktor tu.

Dalam perjalanan balik rumah, baru perasan hanya pakai baju kurung dengan kain dalam. Hihihi...gelak sakan  kami dengan Aida.biasala tabiat nak buat kerja masa balik dari kerja, londeh kain tinggal kain dalam saja. selesa kan. nasib baik kain dalam tu labuh....apapun tak kisah lah, asalkan anak selamat.

Masa dalam kereta tu hati dok berdebar dup dap dup dap takut encik suami dah sampai rumah. Takut kena marah sebab lalai jaga anak.

ya betul.!..kena teguran je...ala-ala marah juga la...teguran yang berulang-ulang -ulang-ulang setiap masa dan ketika sampai anak ke 4 sekarang..en suami ku dah lupa dah..tapi saya masih lagi ingat..ingat sampai bila-bila. sentiasa menjauhkan anak-anak dengan objek-objek yang kecil dan tajam.

dah besar dah...rajin-rajin berzikir ya anakku..

pesanan buat diri :kadang-kadang kita rasa lupa kelalaian seminit mengundang bahaya kepada anak kita.


30 Sept 2012

Tiba-tiba rasa sedih...

Kesedihan itu fitrah manusia. 
Normal kiranya kita bersedih. Tak normal jika kita tidak
pernah merasai perasaan sedih..
Cuma kadang-kadang rasa sedih itu hadir tanpa diminta.
Lalu ja zsruupp dalam hati.
Dan-dan rasa sayu jauh nun pelosok hati.
Entah pasai apa tak tau..teringat sesuatu kut...

anak2 bersama sepupu sepapat :sekali sekala menjengok 
desa,kanak2 kota seronok tak terkata..

Ya..memang teringat kampung halaman.
tempat bermain keleboq ..
tempat membesar
tempat berkumpul keluarga bahagia
kini , segalanya makin jauh dari kenangan
Moga Allah SWT beri petunjuk dan hidayah. Hanya Dia sebaik-baik 
perancang untuk kita.Ameen.

29 Sept 2012

harumnya bunga ni...

dulu-dulu 
masa sekolah rendah
ada kawan jual bunga ni..
10 kuntum letak dalam keronsong daun
cuma sekupang ja..RM 0.10
best bau bunga ni


nahh...bunga cempaka